Isabella : Kasih Atau Tauhid [BAB 5]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

“Kalau inti dasar Islam itu Tauhid, maka Kasih tidak termasuk di dalamnya. Selain daripada itu kami (orang Kristian) juga mengatakan tauhid sebagai inti agama kami,” ujar Ketua Paderi itu.

“Kalau tauhid menjadi inti dasar agama tuan, tuan harus mengetengahkannya. Kenapa pula tuan katakan kasih sebagai dasar agama tuan. Dan amat salah mengatakan dengan menerima tauhid sebagai inti dasar agama, kasih terkeluar daripadanya. Sebaliknya, menurut kenyataan bahawa kasih itu datang dari tauhid. Kalau tauhid tidak diambil dengan segala aspeknya maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Untuk menerima kasih sebagai inti dasar agama, bererti PENOLAKKAN total terhadap tauhid terhadap tauhid atau MENIDAKKANNYA sebagai inti dasar agama tuan,” jawab Umar Lahmi. Ketua Paderi menyambut jawapan Umar dengan mengatakan, “Pokoknya ialah tauhid itu datangnya dari kasih, dan bukannya kasih dari tauhid.”

“Itu satu logika yang salah. Kalau tuahid datang dari kasih, maka kasih menjadi perkataan yang tidak bermakna. Kerana tanpa tauhid, yakni kesaksian akan keesaan Allah, akan MENIDAKKAN KASIH kepada
Allah yang sebenarnya, kerana kasihkan Allah bergantung kepada ilmu tentang ketuhanan, dan ketauhidan merupakan pengakuan yang hakiki akan Allah. Dengan hanya kasih sahaja, belum lagi cukup untuk menjadi bukti kasihkan Allah.” Umar Lahmi menghujah kata-kata Ketua Paderi itu. “Tuan telah memulakan semula perbincangan yang panjang. Apa yang saya maksudkan ialah kasih tidak ada tempat dalam Islam,” ujar ketua paderi itu.

“Kalau kasih tidak ada tempat di dalam Islam,” sahut Umar dengan cepat.”maka bererti kasih tidak wujud sama sekali di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun benarnya kata-kata tuan itu, tetapi tidak ada sedikit juga kesan-kesan kasih dalam agama Kristian. Kasih cuma permainan bibir. Tidak ada ukuran dan tidak ada bukti.” Ketua Paderi itu mulai meradang. Air mukanya, berubah. “Begini! Sudah menjadi cogankata yang terkenal di dalam kitab kami Tuhan ialah kasih. Bukankah ini bukti tentang kasih itu?” “Cuma pengakuan mulut saja,” kata Umar Lahmi. “Kecuali ada ukuran kasih itu. Teori kasih yang dikatakan itu tidak dapat diterima.” “Kini tuan membuat definasi tentan kasih pula. Bukankah dalam kitab kami ada disebutkan Tuhan bapa? Bukankah bapa itu mengasihani anak-anaknya?” Umar Lahmi juga sudah mulai gusar. Lalu dijawabnya. “Pokoknya, hanya dengan berulang-ulang menyebut perkataan kasih sdaja kita tidak akan sampai ke mana-mana kecuali semua syarat dipenuhi. Jikalau seseorang itu mengasihani seseorang yang lain, amka dia harus membuktikannya dengan pengorbanan diri dan harta bendanya dan barulah dapat dikatakan kasih yang sejati.

Oleh sebab itulah Islam telah menentukan ketaatan dan amalan sebagai kriteria kasih yang dengan perkataan lain disebut pengorbanan diri dan harta benda. Dalam Al-Quran, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w “Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah akan daku agar kamu dikasihi oleh Allah dan diampumi dosa-dosamu; dan Allah Maha Pengampun lagi sentiasa mencurahkan rahmat-Nya. Katakanlah! Taatlah akan Allah dan akan Rasul-Nya. Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang kafir. (*nota: Al-Quran, surah Al-Imran, ayat 31-32). Ayat ini telah memberikan ketentuan tentang ukuran kasih yang membezakan diantara kasih sejati dengan kasih palsu. Tetapi di dalam agama tuan, tidak ada kriteria kasih ini. Sesiapa yang munafik boleh saja bangun berdiri dan berkata dia kasihkan Allah.” “Tuan mulakan lagi perbahasan yang panjang. Saya mahu segala sesuatu itu meliputi banyak hal supaya keputusan dapat dicapai dengan segera. Bagaiamanapun, jikalau Quran tuan juga ada menyebut Tuhan Bapa maka mana satu tingkat kasih yang paling tinggi?” Ketua Paderi itu bertanya. “Kalau Al-Quran menggunakan perkataan bapa untuk Tuhan, maka itulah bukti yang paling besar akan KETIDAKSEMPURNAANYA. Islam tidak pernah menggunakan perkataan yang mengelirukan ini untuk Tuhan, tetapi sebaliknya ia ada menggunakan perkataan-perkataan yang lebih agung ertinya dibandingkan dengan perkataan ”bapa” , ” jawab Umar Lahmi.

“Mulut tuan terlalu lancang, mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan.” Nada suara Ketua Paderi agak meninggi kerana dipengaruhi oleh perasaan marah. Lehernya kelihatan tegang dan mulutnya berbuih sedikit. “Cuba beritahu saya cepat apa perkataan yang digunakan oleh orang Islam sebagai ganti yang lebih baik daripada perkataan ”bapa”?”

Melihat kemarahan Ketua Paderi itu, Umar Lahmi dengan tenang berkata: “Tidak ada sebab untuk tuan naik marah. Saya hanya mengatakan perkataan ”bapa” itu mengelirukan kerana ia menjadi dasar tugas sekutu Allah dan orang akan mengadakan pula anak Allah. Tuan juga percaya kepada ketuhanan Kristus. Tentang perkataan yang lebih baik sebagai ganti perkataan bapa, kami orang Islam menggunakan perkataan ”RAB” yang secara tidak langsung menyatakan ia zat yang memelihara kita dari awal sampai akhir dan pemeliharaan-Nya tidak pernah berhenti. Jadi, dengan menggunakan perkataan ”RAB”, Islam telah mengajar bahawa pemeliharaan kasih Allah terus-menerus ada.

Tetapi konsep ”bapa” membawa makna bahawa bapa itu akan mengasuh anaknya sampai kepada satu waktu yang tertentu sahaja, kemudian dia tidak akan diambil peduli lagi. Selain daripada itu, seorang bapa hanya dapat memelihara anak-anaknya di dalam perkara-perkara yang optional sahaja yang tidak dalam perkara-perkara di luar dari keupayaannya. Sebagai contoh, kalau anak itu jatuh sakit, bapa tidak dapat menyembuhkan penyakit itu, sedangkan orang yang di dalam pemeliharaan Allah, adalah sebaliknya, kerana Dia mempunyai kuasa atas segala sesuatu dan Maha Berkuasa. Pemeliharaan-Nya kekal abadi. Ini membuktikan bahawa perkataan pemeliharaan adalah lebih sesuai dengan martabat Allah daripada perkataan bapa. Lagipun, perkataan pemeliharaan menunjukkan ”Keesaan Allah (tauhid)” sementara perkataan ”bapa” pula menjadi punca menugaskan seorang sebagai sekutu kepada Allah di dalam dunia.”

Ketua Paderi itu kelihatan gelisah mendengar hujah Umar Lahmi, tetapi dia cuba juga menjawabnya dengan berkata: “Pengaruh pemeliharaan yang tuan katakan itu tidak dapat dibuktikan di dunia ini. Tuan tidak boleh menutup mata terhadap bapa. Jadi bagaimana orang dapat menerima perkataan yang tidak ada erti dan tidak ada bukti di dunia ini. Tuan tidak boleh menolak pengaruh kasih bapa.” “Malang sekali kepercayaan tuan kepada penebusan dosa telah mengaburi pandangan tuan, kalau tidak tentulah tuan tidak akan berkata serupa itu,” kata Umar. “Tiap-tiap hari kita melihat anak kecil dipelihara dalam rahim ibunya.

Kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa terus menerus dipelihara. Pemeliharaan itu berterusan dari awal hingga akhir. Bukankah itu pekerkaan ”RAB” yang kita saksikan setiap hari?” “Kitab Suci Injil mengatakan bahawa Tuhan mempunyai kasih yang sedemikian rupa terhadap manusia di dunia ini sehingga Dia mengorbankan puteranya yang satu itu untuk menyelamatkan manusia. Apakah lagi bukti yang lebih baik tentang kasih bapa yang telah mengorbankan anak yang dikasihinya kerana kasih?” kata Ketua Paderi.

“Keterangan dari Injil itu sendiri telah MEMBANTAH dakwaan tuan. Tuan maksudkan bahawa bapa itulah yang mengorbankan anaknya yang suci bersih demi manusia yang kotor dan penuh dosa.” kata Umar berhujah. “Itukah pernyataan kasih bapa yang ditunjukkan dengan membunuh anaknya yang tidak bersalah? Tetapi ”RAB” tetap berlaku adil kepada sesiapa sahaja. Sebaliknya Dia menghukum orang yang zalim .Al-Quran dalam Surah Al-An”am ayat 164 antara lain ada mengatakan” ”Dan tiada seseorang yang berdosa memikul dosa orang lain.” Tetapi bapa tuan membunuh anaknya sendiri. Jikalau menyalib dan membunuh anaknya sendiri yang tidak bersalah dan tidak berdosa dikatakan ”KASIH”, maka kita tidak akan menyebutnya lagi sebagai kasih.”

Ketua Paderi itu berpaling kepada para paderi yang lain sambil berkata, ” Semua yang telah saya katakan ialah perkara-perkara tinggi tetapi bagaimana orang-orang ini dapat memahaminya?” Dia kemudian memandang Umar Lahmi. “Hati tuan sudah tertutup. Kristus tidak bersedia menerima tuan. Sekarang baiklah tuan pergi dari sini. Saya tidak mahu lagi berurusan dengan tuan. Tuan kemari hanya menggusarkan saya saja.” Kemudian dia berpaling kepada paderi-paderi yang lain. “Kalian juga jangan lagi berurusan dengan orang-orang ini. Kalian sudah melihat betapa mereka sangat keras kepala. Tidak dapat menyetujui apa pun juga.”

“Tapi tuan…” Umar Lahmi mahu membantah. “Tutup mulut tuan.” Ketua Paderi itu membentak. “Saya sudah tahu akan tujuan tuan datang kemari dan tentang apa yang tuan ingin berbincang dengan kami..” Sambil menghucapkan kata-kata itu, ketua paderi memperlihatkan tatakrama Kristian. Dia terus bangun lau keluar dari dewan itu.

Melihat keangkuhan ketua paderi itu, Umar Lahmi dan kawan-kawannya lalu bangun dan dengan suara kuat berkata, “NASRUN-MIN-A-ALLAHI WA FAT-HUNQARIB”. (*Nota: Al-Quran surah Ash_shaf, ayat 13: ”Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang sudah dekat”).

Mereka semua keluar sambil terus mengucapkan kata-kata di atas, sementara para paderi serta hadirin masih lagi belum hilang perasaan terkejutnya kerana sikap ketua suci mereka yang tiba-tiba saja meninggalkan perbincangan itu. Isabella hanya mengeleng-gelengkan kepalanya dan tunduk malu terhadap tindakan bapanya, ketua paderi itu.

Isabella : Berdebat Dengan Ketua Paderi [BAB 4]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Isabella mula membuka mulutnya untuk berkata, “Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semua untuk menjadi saksi bahawa saya adalah seorang Kristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak mahu agama Kristian diperhinakan…..” ucapan Isalbella, tiba-tiba dipintas oleh Peter. “…Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialah tuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan ke mari pun bukan itu tujuannya,” kata Peter. “Tetapi andaikata tuan mahu menyambung perbincangan ini, tuan mesti menjawab pertanyaan saya dahulu.” “Baiklah!” ujar Umar Lahimi. “Saya beri kebebasan kepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa saja dan saya dengan rendah hati akan menjawabnya.” “Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuan percaya dengan Kitab Injil?” tanya Peter. “Sudah tentu Al-Quran memuji Kitab Injil dan kami orang Islam percaya dengan kitab Injil, Taurat, Zabur dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi,” ujar Umar. “Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injil kami?” kata lagi Peter. “Kerana ia BUKAN KITAB INJIL,” jawab Umar Lahmi. “Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi(karangan) dan menamakannya ”INJIL”, maka kami tidak terikat untuk mempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapi hanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran.”

“Jadi, Injil yang disebut dalam Al-Quran itu berlainan dari Kitab Injil kami? Buktinya?” Peter dengan ghairah memajukan pertanyaannya untuk memerangkap Umar Lahmi. Umar Lahmi seperti yang sudah dijanjikan, menghadapi masalah itu dengan tenang. “Benar, walaupun Al-Quran menyebut-nyebut tentang Kitab Injil yang tulen, telah menyebut juga tentang kepalsuan ”INJIL” ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan yang salah di dalam Injil itu sendiri.” “Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil kami ini?” tanya Peter lagi. Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai Kitab Injil yang ada di depannya lalu membuka. “Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46 – 53, Jesus telah menolak mengakui ibunya Siti Mariam dan saudara-saudaranya kerana tidak melakukan kehendak bapanya di syurga.

Penolakan ini samalah sebagai MENUDUH ibunya murtad, padahal Al-Quran kami menyebutkan ”SIDDIQA” yang bererti dia bukannya murtad tetapi seorang yang beriman dan warak. Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12:46-50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus dan ketidaksopanannya terhadap ibunya, meskipun di dalam Taurat melarang keras menghormati dan memuja ibu. Tetapi Al-Quran menyebutnya, bahawa itu salah dan mengatakan yang Jesus telah berkata bahawa dia patuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik kepada ibunya itu. Ataupun seperti yang disebut dalam Kitab Injil bahawa Jesus telah dikutuk dan kerana kutukan tersebut maka dia telah disalibkan * (*nota: sebagai bukti bahawa Kristus telah d! ikutuk lihat buku Galatia 3:12-13). Tetapi Kitab Suci Al-Quran* menyebut ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Allah” dan bahawa ”Al-Masih Isa bin Mariam seorang yang mempunyai kemegahan dan kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorang yang diperdekatkan kepada Allah.” (*nota: Al-Quran surah 3, ayat 45) .

Tiba-tiba satu suara sumbang kedengaran muncul dari khayalak ramai. “Itu salah! Injil mengatakan dia(Isa) itu Tuhan”. “Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus di samping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang menjadi sumber segala kebaikan dan kesempurnaan itu pantas dikutuki,” kata Umar menjawab suara sumbang itu. “Yang patut dikutuki ialah SYAITAN, bukannya tuhan. Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewa, tetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan pada masa yang sama dia seorang yang bebas dari dosa dan diakui kesuciannya. Nah! cuba pilih apakah ”TUHAN” yang terkutuk itu baik dan suci ataupun seorang manusia yang bebas dari dosa?” Peter menyampuk, “Kalau tuan ada mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nah sila bawa ke mari kepada kami.”

“Tuan tidak berhak memintanya daripada kami !. Jika tuan telah mengakui terlebih dulu bahawa Injil tuan itu karangan dan DIPALSUKAN, pada waktu itu barulah boleh tuan datang kepada kami meminta Injil yang sebenarnya. Saya sudah buktikan bahawa Kitab Suci Al-Quran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannya dan secara terang-terangan menceritakan keslahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah Injil ini yang memuja Kristus, dan kemudian terbunuh di atas salib menjadi Injil yang diakui oleh Al-Quran? Dalam Al-Quran dirakamkan kata-kata Kristus. ”INNI ABDALLAH” -aku hamba Allah dan padahal mereka tidak membunuhnya dan menyalibnya*. (*Nota: Al-Quran surah 4, ayat 157). Apakah Al-Quran mengesahkan Injil tuan atau membuktikan kepalsuannya?” “Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai ”Roh Kudus” dan ”Kalimat Tuhan”? Bukankah ini satu bukti bahawa dia mengatasi manusia?” Peter bertanya. “Benar. Kitab suci Al-Quran ada menyebut Nabi Isa sebagai ”Kalimat Allah”, tetapi ia juga ada menyebut bahawa Kalimat Allah” itu tidak terkira banyaknya dan jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokok di dunia dijadikan pena masih saja tidak akan sanggup menceritakan semua ”Kalimat Allah” kerana kalimat-Nya tidak terperi banyaknya. Jadi, Krisus juga salah satu daripada ”Kalimat Allah”. Mengenai Kristus menjadi ”Roh Kudus” maka hal ini juga tidak akan melebihkannya daripada manusia lain sebab kalimat yang sama juga digunakan untuk Nabi Adam a.s. Dalam Al-Quran ada menyebut: ”Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku, maka tiaraplah kamu kepadanya dalam keadaan bersujud” * (*nota: Al-Quran surah 15, ayat 29). Jadi, dengan kalimat yang sama maka Kristus juga serupa dengan Adam. Jikalau Kristus menjadi ”Tuhan” maka Adam juga demikian dan semua anak-cucunya juga ”Tuhan”.”

Peter segera menyampuk, “Sekiranya Quran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada ”Roh Kudus” yang lain selain dari Kristus.” Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalan si paderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang. ”Tuan fikir seluruh isi Al-Quran itu salah, tetapi tuanlah yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkan oleh Al-Quran. Jadi saya telah MEMBUKTIKANNYA bahawa dia( ISA ) BUKAN Tuhan, begitu juga Adam. Andaikata dia boleh menjadi ”Tuhan” kerana ”Roh Kudus”, maka Adama.s. juga ”Tuhan”. Tuan telah mengatakan Al-Quran itu salah dalam hal ini, jadi mengapa pula tuan membawa Al-Quran ke mari?” Mendengar jawapan Umar itu, Peter menjadi agak gugup. Dia seolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya. “Tuan telah mengatakan bahawa Injil kami tidak tulen. meskipun Injil itu telah disusun oleh murid-muird Kristus dengan bantuan Roh Kudus. Quran juga memuliakan mereka ini dan mengangapnya sebagai orang beriman. Injil ini telah dianggap SAH oleh penganut Kristian sedunia,” kata Micheal cuba mengutarakan hujah baru. “Persoalannya,” jawab Umar dengan tenang. “Ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus yang khusus untuk tujuan itu, atau beberapa orang yang menggunakan nama murid-murid Kristus. Malah orang-orang Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahawa murid-murid Kristus yang menyusun Injil itu. Al-Quran sendiri tidak mengaku Injil yang disusun itu! Al-Quran hanya mengakui Injil yang disampaikan kepada Kristus langsung dari Allah, seperti yang termaktub dalam ayat SURAH AL-HADID, yang kira-kira maksudnya, ”Kami berikan kepadanya Injil” dan di dalam Surah MARIAM ayat 30 pula ada disebutkan kira-kira begini: ”Putera Mariam berkata: ”Sesungguhnya akau adalah seorang hamba Allah. Dia pasti memberikan kepadaku Kitab(Injil) dan Dia pasti akan menjadikan seorang nabi.” Nah!, tuan-tuan mengakui bahawa Injil itu disusun oleh murid-murid Kristus, sedangkan Al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa Injil itu DIWAHAYUKAN kepada Kristus.”

Sebaik saja selesai Umar Lahmi berkata, keadaan dalam gereja itu terganggu apabila bapa Isabella(Ketua segala Paderi) tiba-tiba muncul. “Gelanggang gusti apakah yang telah kamu lakukan di sini? Kamu telah becakap dengan orang-orang yang tidak beriman di dalam gereja yang suci ini dan perbuatan kamu ini telah menganggu kepercayaan orang-orang Kristian.” Tempelakan ketua paderi iru membuat para paderi yang berada dalam majlis itu tergamam dan terkejut. Kulit muka Isabella yang tadinya merah, menjadi pucat lesi. Suasana di dalam dewan itu hening seketika. “Bapa yang suci. Apa yang bapa katakan itu benar sekali. Tidak ada manfaat apa-apa kecuali kerugian kita berbincang dengan orang yang tidak beriman ini. Tetapi, apakah bapa ingin kita diperhinakan dan dipermalukan di seluruh Sepanyol ini? Bolehkah kami(para paderi) meletakkan harapan bahawa bapa yang mulia bersedia untuk menjawab masalah yang ditimbulkan oleh orang-orang Islam ini?” Bapa Isabella, ketua paderi itu terdiam sebentar.

Air mukanya kembali tenang, rasa marahnya pun menjadi berkurangan. Setelah berfikirkan sejenak, dia lalu memandang Micheal. “Amat malang, kamu tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan yang remeh-temeh serupa itu dan kamu menjadi bodoh sesudah mempelajari masalah-masalah teologi. Bolehkah orang-orang Islam ini dibawa kejalan yang benar sesudah mendapat jawapan yang memuaskan?” Micheal yang kena tempelakan ketua paderi itu segera menjawab. “Ya! Ya! Mereka telah berjanji dengan bertulis.” Mendengar jawapan itu, Ketua paderi itu tersenyum lalu berkata kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya, “Tuan-tuan jangan ambil hati di atas kata-kata saya yang kasar tadi. Sekiranya perbincangan ini menyinggung perasaan tuan, saya meminta maaf bagi pihak yang hadir. Saya ingin mempersilakan sekali lagi tuan datang semula ke dewan gereja ini esok pagi agar segala keraguan pihak tuan dan salah pengertian tuan akan diselesaikan secara bijaksana.”

Keesokan paginya seperti yang dijanjikan, pertemuan Umar Lahmi dengan Ketua Paderi diadakan di dewan Gereja itu. Isabella dan para paderi lain turut menjadi pengikut setia perbincangan itu. Setelah semuanya duduk dengan selesa, ketua paderi itupun berkata kepada Umar Lahmi. “Saya tidak mahu berbicara secara terperinci dan memanjangkan perbincangan ini. Saya akan becakap SEPATAH-DUA kata saja yang boleh mencapai tujuannya dalam beberapa minit. Apa yang saya maksudkan ialah ISLAM dan KRISTIAN akan DIUJI tentang ajaran-ajaran dasarnya dan agama yang dapat memperlihatkan ajaran-ajaran yang terbaik, itulah agama yang BENAR. Bukankah begitu?” “Saya tidak ada bantahan. Memang benar, hanya melalui ajaran sahajalah Kristian dan Islam itu dapat diketahui benar atau palsunya.” kata Umar Lahmi.

“Bagus. Bagus!” ujar si Ketua Paderi dengan suara gembira. “Sudah tentu pertolongan Roh Kudus berada di pihak tuan dan tuan akan segerea dipimpin keluar ke lorong yang benar. Nah, saya ingin nyatakan bahawa dalam setiap agama ada dasar-dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Saya mahu meletakkan di hadapan tuan inti dasar agama Kristian yang tidak lebih dari SEPATAH perkataan dan sebagai balasannya, tuan juga mesti memberikan inti dasar agama tuan dengan sepatah perkataan juga. Tuan bersetuju?” “Silakan! Saya bersetuju saja dengan cadangan tuan itu,” jawab Umar Lahmi.

Ketua Paderi dengan perasaan megahnya berpaling kepada paderi-paderi lain dan berkata kepada mereka dengan nada menyindir, . “Cuba lihat!. Beginilah caranya berbincang. Cuma dengan sepatah perkataan saja isu dapat diputuskan.” Kemudian dia berpaling semula kepada Umar Lahmi. “Nah, sekarang sekarang dengar baik-baik. Inti dasar agama Kristian ialah ”KASIH” . Dengan sepatah perkataan ini saja agama Kristian telah disingkatkan. Sekarang giliran tuan pula memberikan inti dasar agama Islam dengan sepatah perkataan juga.”

Umar Lahmi bingkas menjawab, “Saya berasa bangga untuk menyatakan bahawa Islam telah meringkaskan inti dasar ajarannya dengan satu perkataan saja yang meliputi semua dasar prinsip dan perkara-perkara yang terperinci. Akar prinsip Islam dan ajarannya ialah ”TAUHID” kata Umar Lahmi.

BERSAMBUNG :PERTEMUAN KEEMPAT …..”Apakah reaksi Ketua Paderi dan para hadirin dengan jawapan Umar itu?” (*Nota: Dalam terjemahan, ”Tauhid” disebut ”unity”. Ertinya ialah kesaksian akan keesaan Allah.)

Isabella : Pertemuan Kedua [BAB 3]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusa?

Sebaik sahaja selesa duduk, Umar Lahmi pun berkata; “Kelmarin kita telah membuat keputusan akan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan Kristus dan penebusan dosa.

Peter menjawab. “Kedua-dua masalah itu sebenarnya satu dan saling kait-mengait. Jadi tuan boleh pilih mana satu yang tuan suka untuk kita bincangkan dulu.”

“Terima kasih,” kata Umar Lahmi. Dia lalu membaca beberapa ayat quran dari Surah AL_FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdiri melihar ke depan.

Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmi memberitahu bahawa anak gadis itu terlalu terpesona dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacanya.

Peter dan Micheal bukan main lagi terkejut melihat keaadaan anak ketua Paderi , Isabella. Mereka serentak bertanya sebab ia terjadi serupa itu, tetapi Isabella tidak menjawab, hanya beberapa tits air mata jatuh meleleh di atas pipinya yang masih merah.

“Dia tak apa-apa,” kata Catherine, sahabat Isabella. “Dia selalu mendapat serangan tiba-tiba serupa itu.” Keterangan itu tealah mengikis tanggapan para paderi bahawa Isabella sudah terpengaruh dengan Islam.

Setelah berhenti sejenak, Umar Lahmi lalu menyambung bacaannya, kemudian berdiri dan berkata:
“Tuan-tuan. Kami telah diberitahu bahawa prinsip agama Kristian ialah ketuhanan Kristus dan penebusan dosa, jadi saya ingin memajukan satu pertanyaan yang boleh menguraikan masalah ketuhanan Kristus itu. Pertanyaannya : Apa keperluannya yang khusus maka ”Putera Tuhan” membuat pengorbanan bagi penebusan dosa? Sebab kalau untuk tujuan itu sahaja, orang alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankan jiwanya sebagai ”penebusan dosa semua orang yang berdosa”. Apa sebab istimewa ”Putera Tuhan” telah DISALIB?”

Para paderi itu telah berbisik sesama sendiri, berbincang perlahan-lahan. Sejurus kemudian mereka memilih Peter untuk menjawab pertanyaan itu walaupun dia kelihatan agak kebingungan. Namun sebagai sikap kebapaan dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang terketar-ketar.

“Untuk penebusan dosa ”Putera Tuhan” diperlukan, kerana orang lain, baik dia nabi atau rasul penuh dengan dosa dan orang yang ada dosa tidak dapat menebus dosa orang lain. Kerana itu Tuhan Jesus Kristus yang satu-satunya ”Putera Tuhan” dan bebas dari dosa, maka dia dikorbankan untuk kepentingan semua orang yang berdosa.”

“Baiklah,” kata Umar. “Cuba terangkan apa yang disalib. Apakah KETUHANAN yang disalib untuk penebusan dosa ataupun KEMANUSIAAN yang ada pada Kristus? Jikalau ketuhanan Kristus itu yang disalib, maka bererti tuhan y ang tunggal dan tanpa sekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakni TUHAN SUDAH MATI. Tetapi kalau kemanusian di dalam Kristus itu yang disalib, jawapan tuan sudah hilang semua kekuatannya, kerana kalau begitu caranya, maka penyaliban manusia adalah lebih cocok dan bukan tuhan, kerana kedua-duanya menunjukkan akan kemanusian di dalam Kristus, dan bukannya ketuhanan yang dikorbankan”

“Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhanan yang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna. Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik dalam dirinya, tetapi kemanusian seperti juga dengan ketuhanannya bebas dari dosa dan sebab itu pengorbanannya amat perlu kerana manusia lain semuanya bergelumang dengan dosa, oleh yang demikian mereka(orang biasa) tidak sesuai untuk penebusan dosa,” kata Peter.

“Itulah,” jawab Umar Lahmi. “Kerana tidak ada manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosa, maka ”Tuhan” sendiri terpaksa turun ke dunia dan ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya. Andaikata seorang manusia yang bebas dari dosa diperlukan untuk penebusan dosa, mengapa Tuhan tidak ciptakan seorang manusia yang bersih sehingga tidak payah ”TUHAN” sendiri MATI di atas tiang salib kerana penebusan dosa.”

Peter menjawab, “Tuhan saja yang mengetahui perkara yang GHAIB. Kita tidak boleh kata kenapa kenapa Dia tidak berbuat seperti itu dan kenapa dia sendiri datang ke dunia untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal ini kami tahu bahawa tuhan datang ke dunia untuk menebus dosa untuk menunjukkan kasih sayang-Nya yaag agung terhadap kemanusiaan. Bahawa sayangnya Tuhan kepada makhluk-Nya sampai ke tingkatan mengutus putera tunggal-Nya untuk menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusia-manusai lain. Tujuan ini tentu tak akan tercapai kalau hanya dengan mengutus orang lain.”

“Jikalau kasih sayang Tuhan sudah demikian besar kepada mahkluk-Nya, kenapa Dia tidak mengutuskan ”puteranya” itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah tidak ada manusia sebelum Kristus yang patut dipedulikan oleh tuhan? Apa sebab Dia baru menunjukkan kasih sayang-Nya itu setelah beribu-ribu tahun berlalu?” Umar Lahmi memajukan pertanyaan tanpa melepaskan peluang.

Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskan dirinya dengan menjawab. “Kita tidak tahu tentang keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui oleh Tuhan sahaja.”

“Pertanyaan saya masih beleum dijawab. Rujukan kepada KEGHAIBAN berulang-ulang tidak akan menyelesaikan masalah. Nah cuba katakan saja, kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itu dilakukan maka kedatangan tuhan ke dunia ini sia-sia belaka. Orang lainpun boleh dikorbankan juga.”

“Saya sudah menjawab,” ujar Peter. “manusia tidak dapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiri begelemung dengan dosa, Kemanusian Kristus sesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah penjelmaan kemurniaan dan tidak berdosa.”

“Kerana kemanusian, Kristus yang murni dan tidak berdosa, maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosa seluruh manusia di atas pundaknya..” Umar Lahmi berhujah.

“Tuan Paderi yang mulia, logika tuan itu sedikit pun tidak menyakinkan malah kepada tuan sendiri juga. Apa salahnya jikalau ”Putera Tuhan” itu berbuat sesuatu yang lebih baik yang boleh menebus dosa semua orang daripada dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan lain perkataan, tidak payahlah Kristus itu disalib dan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhana dan kemanusiaan. Penawar bagidosa adalah KEBAJIKAN, kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat kebajikan sebagai penebus dosa, dan bukannya membunuh diri untuk penebusan dosa.”

“Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya . Adalah biadap kalau kalau mahu mencapai darjat Tuhan.” Peter menjawab.

Umar tidak menghiraukan jawapan Peter yang kasar itu sebaliknya dia berkata” Tuan tahu bahawa Kristus dilahirkan dari rahim Marian Perawan. Nah, apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan dengan manusia dan Tuhan, yakni apakah yang dilahirkan itu ”Tuhan” atau ”Manusia”?”

“Tuhan itu bebas daripada kecacatan kelahiran. Kemanusiaan di dalam Kristus itulah yang dilahirkan,” jawab Peter dengan nada yang agak gugup.

“Siapa yang mati disalib? TUHAN atau MANUSIA?” ujar Umar Lahi.

“Tuhan itu bebas dari kecacatan kematian. Manusialah yang mati disalib. Iaitu kemanusiaan di dalam Kristus,” jawab Peter lagi.

“Kalau begitu,” kata Umar, “kelahiran dan kematian ada pertalianlah dengan kemanusiaan Kristus dan bukan ketuhanannya.”

“Benar. Memang benar,” jawab Peter dengan cepat dan bersungguh-sungguh.

Umar Lahmi lalu mencapai Kitab Injil yang terletak di hadapan Micheal. “Maafkan saya. Saya minta pinjam sebentar.”

Micheal tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudah ada di dalam tangan Umar dan sedang membuka halamannya. Para paderi memandang kejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa berkata bertukar-tukar pandangan antara satu dengan lain. Isabella semakin tertarik dengan perjalan perbincangan itu dan dalam diam-diam dia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar. Kini dia mengambil kitab Injil pula.

Umar membuka pada Injil Ayub bab 15:14. “Cuba lihat, di sini ada tertulis ”Masakan manusia bersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?” dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub, kemanusiaan Kristus juga begelimang dosa.” Umar membuka halaman lain pula. “Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23 bahawa ”upah dosa ialah maut” yakni kematian ialah bukti YANG MATI itu penuh dengan dosa. Oleh sebab itu timbul lagi pertanyaan: Apakah sebabnya Tuhan tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supaya ketuhanannya yang dapat diselamatkan? Menurut tuan , seseorang yang berdosa tidak boleh menebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak sesuai untuk penebusan dosa.”

Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renik mulai memancut keluar dari dahi dan pipinya. “Saya telah katakan bahawa semua ini adalah perkara-perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yang disukai-Nya. Bagaimana tuan atau saya boleh mengkritik-Nya?”

Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat didengar oleh semua yang hadir berkata: “Jikalau agama tuan hanya didasarkan kepada keghaiban ketuhanannya saja, kenapa tuan jemput kami ke mari, menghabiskan masa tuan dan juga masa kami yang sia-sia saja?”

Ucapan Umar yang lantang telah menimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella yang memang menaruh minat kepada soal-soal teologi, berasa hairan kepada Peter Suci yang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidak dapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabir misteri ketuhanan.

Keributan di tempat penonton semakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu jawapan daripada paderi paderinya tentang kata-kata Umar yang agak pedas itu.

Tiba-tiba Micheal bangun sambil memberi isyarat dengan tangannya supaya penonton berdiam diri, dan berkata, ” Saudara-saudara. Hari ini adalah konfrontasi antara agama Kristian dengan agama Islam. Saudara-saudara telah tahu apa itu agama Islam? Ia mewajibkan kahwin empat isteri, Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengan sebelas perempuan dan…….”

Umar Lahmi melompat bangun dan menetang Micheal dengan berkata: Kalau tuan-tuan tidak dapat menjawab hujah saya, katakanlah dengan berterus terang, dan kemudian APA SAJA KRITIKAN tuan-tuan terhadap Islam boleh dikemukakan, dan saya dengan gembira akan menjawabnya satu-persatu.” Dia kemudian memalingkan badannya kepada hadirin, “Di mana letaknya moral tuan-tuan ini, kami dipanggil ke mari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan kami tidak dijawab, sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang meghina.” Dia berpaling ke arah Isabella. “Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudari ini wajar?”

Isabella dengan segera bangun dan perkataan yang terpatah-patah berkata: “Saya berasa dukacita bahawa baik Bapa Suci Peter mahupun Bapa Micheal tidak pernah memberi jawapan kepada hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan saudara Umar adalah adil……”

Peter terus menegur. “Kau ini sudah gila bercakap merepek serupa itu.” Peter kemudian berucap kepada hadirin. “Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau dia sudah hilang ingatannya.”

Catherine, kawan Isabella segrea menjawab” Malang sekali tuan-tuan sedikitpun tidak berlaku adil dan kepada Isabella pula tuan-tuan semua timpakan semua kesalahan…..”

Peter melonjak bangun dan dengan nada marah berkata.”Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan mereka berada disni?”

Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika lamanya. Para paderi dan hadirin sibuk dengan berurusan mengenai masalah Isabella dan kawan-kawannya.

Melihat keadaan yang agak ribut itu, Umar Lahmi dengan suara yang nyaring merdu membaca beberapa ayat Al-Quran dari Surah Mariam.

Seluruh hadirn terpaku dan suasana yang tadinya kacau menjadi senyap sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengar bacaan yang ganjil daripada yang biasa diperdengarkan di dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutup telinga mereka dengan hujung jari khuatirkan ayat-ayat Al_Quran itu menembusi masuk ke dalam hati dan perasaan mereka. Ada sebahagian daripada orang-orang Kristian di dalam gereja itu termasuk Isabella yang faham sedikit-sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan bantahan-bantahan terhadap tohmahan orang-orang Yahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka Isabella menjadi berseri-seri, tetapi dia menguasai dirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak. Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat suci itu, barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan tenang.

Isabella : Pertemuan Pertama [BAB 2]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Pada pagi berikutnya, iaitu pagi Ahad, berita tentang pertemuan itu tersebar luas. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati membuat persiapan teliti di dalam menghadapi orang ramai yang ingin ikut mendengar perbincangan tersebut. Hanya bebrapa orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja. Ketika Umar Lahmi, Maaz dan beberapa orang cendekiawan Islam memaski dewan gereja itu, kelihatan oleh mereka hampir kesemua paderi yang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

Tidak lama kemudian, upacara sembahyang itu pun selesai. Para paderi itu lalu mengambil tempat duduk di suatu meja panjang yang sudah disediakan, berhadapan dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana telah manyahut pelawaan mereka, Micheal, guru Isabella membuka pertemuan. Dia dengan lebih dahulu memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada di meja persidangan itu. Salah seorang daripadanya bernama Paderi Peter yang terkenal sebagai seorang ahli pengkajian Arab dan kitab-kitab Islam.

“Kami diberitahu, bahawa tuan-tuan mempunyai sedikit keraguan tentang agama Kristian dan juga telah berjanji, kalau penjelasan yang kami berikan boleh menyakinkan, maka tua-tuan akan meninggalkan Islam memeluk Kristian.” Kata Micheal.

” Kami cukup yakin yang kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidak beralasan. Dalam pada itu, jika tuan dapat memuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan tentang agama tuan, kami bersedia masuk agama Kristian”.

Mendengar kata-kata Umar Lahmi, itu, Micheal lalu berpaling kepada Peter, yang dianggap oleh para paderi di ditu sebagai orang paling berkebolehan untuk bedebat dengan orang Islam.

Peter, dengan nada suara orang yang menguasai keaadaan, berkata:

” Saya diberitahu bahawan bantahan tuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang mengapa Saint Paul telah mengatakan hukum-hukum agama itu satu kutukan.”

“Baiklah,” ujar Peter, “sebutlah soalan-soalan tuan dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuan mengenainya.”

“Mula-mula…” Umar Lahmi memulakan bicara, ” cuba beritahu saya apakah ”jangan mencuri, jangan membunuh, jangan menimbulkan kesukaran kepada tetangga dan lain-lainnya” itu merupakan firman-firman Tuhan dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?”

“Sudah tentu. Semuanya itu ada kaitannya dengan undang-undang agama.” Jawab Peter dengan cepat.

“Apakah pula dikri Saint Paul tentang hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi lagi.

“Dikri bagaimana? Saya tidak faham,” jawab Peter. Mengangkat mukanya memandang Umar seperti kehairanan.

“Tuan faham benar-benar perkara itu” kata Umar Lahmi dengan suara agak keras sedikit. “Cuma tuan mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja bahawa Saint Paul telah mengangap hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan.”

“Saint Paul mengangap hukum-hukum agama itu sebagai kutukan, dari sudut bahawa inti hukum agama itu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan betapa bodohnya apabila intinya ditinggalkan sedangkan kulitnya dikelar-kelar.”

“Begitulah pula yang saya maksudkan,” kata Umar. “Saint Paul yang mengangap Jesus sebagai jiwa dan hukum-hukum agama itu sebagai tubuh, telah mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satu kutukan dan apabila tuan juga berkata Firman Perjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum agama, maka TIDAKKAH MENAHAN DIRI dari melakukan pembunuhan dan penzinaan juga adalah satu KUTUKAN.”

Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter si paderi tua kelihatan agak resah sedikit, tetapi dia menjawab dengan satu dalihan, “Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara yang GHAIB, dan tuan tidak akan dapat memahaminya tanpa bantuan dari ”;Roh Kudus” dan tidak semestinya pula seseuatu masalah yang tidak dapat difahami itu merupakan perkara yang salah. Saint Paul telah memgangap hukum-hukum agama secara lahiriahnya satu kutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk hukum agama.”

“Benar. Memang betul Saint Paul mengatakan hukum-hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan. Sekarang cuba terangkan kepada saya, jikalau TIDAK mencuri, TIDAK berzina, TIDAK menganggu keluarga dan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agama yang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?” tanya Umar Lahmi.

“Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang sama,” kata Peter membantah. “cuba dengar, Apa yang dikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baik daripada yang dikatakan oleh Saint Paul. Tuhan kami menyuruh kami mengikut Firman-firman Perjanjian Lama”.

“Iaitu untuk memperoleh keselamatan maka perlu mengikut Perjanjian Lama * juga,” (*NOTA: lihat Injil, Matius Bab5:19 sampai Bab 10:25). Kata Umar Lahmi. “Kalau sudah begitu, megapa timbul atau mengapa perlunya perkara penebusan dosa dengan menyalibkan ”Putera Tuhan”? Iaitu, mengapa harus ada Penebusan Dosa ini apabila Perjanjina Lama perlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-firman Perjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus dosa?”

“Kami tidak yahu apa-apa,” jawab Peter debgan suara perlahan. “Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan kami mengikuti Perjanjian Lama. Tetapi keselamatan tidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti Perjanjina Lama tanpa ada penebusan dosa.”

“Jadi , Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yusof, Nabi Noh dan lain-lain nabi itu kehilanganlah keselamatan mereka, kerana jalan keselamatan mereka satu-satunya hanyalah dengan mengikuti hukum-hukum agama?” tanya Umar Lahmi, kemudian disambungnya, “Begitu juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka dicabut.”

“Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan satu-satunya dengan mengikuti hukum-hukum agama, tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telah mengubahnya dan sekarang jalan yanh ada hanyalah penebusan dosa,” Jawab Peter.

Umar Lahmi tersenyum mendengar jawapan Peter yang berbelit-belit itu. Dia memandang muka Isabella yang sedang tenggelam dalam satu fikiran yang membingungkan. Umar memandang kepada muka Peter, ditenung matanya. “mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan oleh Saint Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satru kutukan, kemudian tuan menolak hukum-hukum agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuan mengemukakan kata-kata ”WALI” yang lain untuk membuktikan bahawa ucapan Saint Paul ”hukum-hukum agama itu satu kutukan” adalah tidak benar?”

Tiba-tiba seorang paderi kurus yang bermuka cengkung dari sebelah kiri menyampuk dengan suara yang lantang. “Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah perbuatan murtad dan kufur. Semua yang dibincangkan adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib.”

” Jangan ikut rasa hati dalam perselisihan pendapat ini,” ujar paderi yang bertubuh gemuk dan berkepala bulat licin. Dia duduk di sebelah kana Peter.

Melihat keadaan mulai kacau itu, Micheal bangun dan berkata: “Saudara-saudara, kita berhimpun di sini untuk mencari kebenaran ………”

Isabella yang duduk bersama-sama rakannya berbisik ” Cuba kalian lihat, di belakang orang-orang Islam mereka bercakap besar bahawa orang-orang Islam ini tidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tapi bila duduk berhadapan dengan mereka, tembelang mereka terdedah semuanya. Aku sangat menyesal bapaku tiada disini hari ini, kalau tidak dia tentu boleh tutup mulut orang-orang Islam itu…” Bersambung…..PERTEMUAN KEDUA -Siapa yang disalib? Tuhan atau Manusia?.

Isabella (Debat Islam VS Kristian) : Mukaddimah [BAB 1]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Di Bandar Cordova, negeri Sepanyol, terdapat sebuah taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya. Kelihatan seorang gadis Kristian yang dikenali dalam sejarah sebagai Isabella sedang menikmati keindahan taman itu bersama rakan-rakannya. Dia adalan anak ketua paderi bandar Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikan wajahnya dan keanggunan perawakannya sering digambarkan oleh pemuda-pemuda yang mengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya, terdengar olehnya suara dari sebalik rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Dia tersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata , “…padahal paderi-paderi Kristian itu…..” Isabella dengan kawan-kawannya lantas dengan berhati-hati memasang telinga.

Pada waktu itu, kedua orang pemuda itu kerana terlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama Kristian tidak sedar bahawa perbincangan mereka sedang didengar oleh beberapa orang gadis Kristian.

Salah seorang pemuda itu berkata, ” Saint Paul telah menulis di dalam salah satu suratnya bahawa hukum-hukum agama adalah satu kutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut. Apakah makna kata-katanya itu , Maaz sahabatku?”

Terdengar ketawa kecil kawannya. ” Umar sahabatku, engkau mahu aku menerangkan kepadamu, padahal paderi-paderi Kristian itu sendiri…”

Waktu itulah Isabella mendegar percakapan itu. Salah seorang kawan Isabella menyanpuk dengan nada sinis, ” Sejak orang-orang Islam datang ke mari, agama kita diancam bahaya””.

“Diamlah! ” herdik Isabella, “Nanti mereka tahu kita ada di sini”. Sahabat Isabella terdiam sejurus mendengar kata-kata Isabella. Tiba-tiba terlintas idea dalam kepala Isabella, “Bagaimana kalau kita minta pengakuan bertulis daripada pemuda-pemuda Islam ini, bahawa mereka bersedia untuk bersemuka dengan paderi-paderi kita. Dengan surat itu pula, kita boleh mendesak cendekiawan Kristian untukberhujah dengan orang-orang Islam ini dan memaksa mereka memeluk agama kita.”…………..

Surat itu berbunyi : ” Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu dan oleh kerana kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama. Saya telah mendengar salah seorang daripada tuan ada mengatakan kepada temannya bahawa jika kami penganut Kristian dapat memberi penjelasan yang memuaskan tentang perhubungan antara hukum-hukum agama dengan kutukan, maka tuan bersedia memeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar kami (orang-orang Kristian) tentang hukum agama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan Jesus Kristus, kami dengan senang hati menyambut cabaran tuan dengan syarat tuan membuat pengakuan bertulis.”
(hamba hina agama Kristian).

Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabella kepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar kerana tiba-tiba sahaja anak gadis yang tidak dikenali menyerahkan surat itu.….Kemudian suarat itu dibalas oleh Umar …

” Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah nona dan kami bersetuju, jikalau sekiranya anggota gereja dapat memberi penjelesan kepada kami tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukan dengan penjelesan yang memuaskan, saya dan kawan saya akan memeluk agama Kristian. Sila nyatakan tempat dan tarikh perbahasan …”
(Hamba hina agama Islam)
(Umar Lahmi)

………….

Diringkaskan cerita, cadangan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan tempat perbahsan telah ditetepkan di Gereja Cordova pada pagi AhaKd.

(The Key To Kingdom Of Heaven)

•April 2, 2010 • 3 Komen

Kebenaran Islam- Dua Rahsia Sulit Terbesar

Ini adalah penjelasan tentang masalah Vatican, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies).

Setiap Pope yang dilantik di Vatican mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja para Pope tetapi para Bishop dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sunber yang tidak diketahui. Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang tidak mengkaji dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatican dan Dunia Kristian itu sendiri.Ini kerana, dua rahsia ini adalah ‘mantera’ peringkat pencerahan agung’ ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatican.

Pope John Paul II

Pope Benedict XVI

Setiap Pope telah menempuh jalan-jalan ‘kebenaran’ mereka yang tersendiri. Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, bishop hinggalah mencapai pangkat Pope sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyk rahsia yang mereka ketahui. Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ni telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah. Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini. Rahsia-rahsia ini adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian. Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kod-kod rahsia serta harta karun terpendam.

Tentu anda ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Pope atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Rahsia yang akan saya beritahu ini adalah bertaraf ‘Rahsia Dalam Rahsia’. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Master berpangkat 33 Darjat Freemason atau Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).

Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya ‘Pencerahan’ – Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.

Juga, para pengikut Kristian juga tidak tahu tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan paderi-paderi besar mereka.Pope Vatican di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikcan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini, akan memimpin anda kepada satu ‘Zikir Agung’.

Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan air matanya. Sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama ‘takdir’ Sang Iblis. Ingin saya maklumkan di sini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari ‘makmal’ penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau, Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan Kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Nantikan 2 rahsia terbesar ini. Rahsianya tersembunyi di sebalik lambang Papal Vatican ini.

“Dan ingatlah, ketika orang-orang kafir musyrik menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”

Al Anfal 30

Kebenaran Islam- Dua Rahsia Sulit Terbesar Part 2 (The Key To Kingdom Of Heaven)

SILA KE LINK SEBELUMNYER JIKA ANDA BELUM MENGETAHUI ARTIKEL INI..

http://scripters.ning.com/forum/topics/kebenaran-islam-dua-rahsia

2 Orang budak kecil melambangkan kunci dan menjunjung tiara/ mahkota. Ini adalah antara ko-kod rahsia yang ditinggalkan.

Dua Rahsia Sulit Terbesar Dua Kunci Rahsia

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Pope Vatican sebagai Ketua Kristian Katolik dan pemerintah negara Vatican. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut ‘Triple Tiara’, salib emas di atasnya dan ‘Crossed Key’ iaitu lambang dua kunci bersilang Satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Pope Vatican. Bagi penganut Kristian yang tidak mengkaji, tiada ap yang istimewa dari lencana Pope ini. Tapi bagi para pengikut Illuminati peringkat tertinggi,lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee ,Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dlm tulisan-tulisan ,melakarkannya dalam lukisan-lukisan ,mengukirnya pada ukiran-lukisan, mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia,petunjuk-petunjuk dan kata kunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.”
-Bernard Shaw

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa ‘pendoktrinan palsu’ oleh para Elit dalam ‘secret societies’ yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut saja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Pope sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Pope kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason.Para Bishop dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatican. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat,dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini.Amat bodohlah The AntiChrist/ Dajal jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untk menakluk dunia.KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya.Jika tidak ,dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t, agama yg benar, Islam.Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Pope adalah penting bagi The AntiChrist.Amat penting.Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi.Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar.Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Pope dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin kita kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar..Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Pope atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini.Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang.The Papal Crossed Key yang penuh rahsia.Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, saya akan membawa anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel,untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer.Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat ‘Angels’ yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Untk menjejak rahsia The Crossed Key,mari kita sama-sama telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key
Lambang ni berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dlm bahasa Greek,Cephas dlm bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam’un)..Seorang Yahudi Galilee (arab, al-Jaleel) yang berasal dari Bet’shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dgn bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani). Bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli. Saint Peter (atau Petrus) inilah yang diabadikan namanya pada ibu pejabat Pope Vatican,St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau termasuk dlam 12 sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

St. Peter Basilica

“Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri”
-Surah Ali Imran 3:52.

“Dan (ingtlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada AlHawariyyun,’ Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku’. Mereka menjawab,’Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang2 yang patuh (kepada seruanmu)”
-Al-Maidah 5:111.

Sudah pasti St. Peter (St.adalah singkatan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu.Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:

The Twelve Apostles.

1. Peter

2. Andrew

3. James

4. John

5. Philip

6. Bartholomew

7. Matthew

8. Thomas

9. James

10. Thaddeus

11. Simon the Zealot

12. Judas Iscariot

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Bishop pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Maharaja Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan dalam Islam) di lapangan Nero (Nero’s Circus) berdekatan Obelisk Vatican yang kemudiannya diletakkan di hdapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Obelisk Vatican

Crossed Key di dalam lencana Pope adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN ‘KINGDOM OF HEAVEN’ yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter)

“And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven.”
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

Maksud dalam Bahasa Melayu, saya terjemahkan.
“Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga.”

Kata kunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci utuk membuka Kingdom of Heaven itu? Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter?Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Pope.Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Bishop dan Kardinal diugut.Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter? Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible? Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan Ini, saya kongsi dengan anda satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan sorang paderi Katolik.Kisah ni menyimpan banyak rahsia besar.Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatican.Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatican. Kisah ni saya petik dari Mausu’ah al-Qishash al-Waqi’ah.

Paderi & Kunci Syurga.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ”

Si pemuda tersenyum Dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur’an.

– Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
“Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Saudara islamku sekalian!

Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.

Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan lepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah. Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu.Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yg tidak dapat menerima kehadiran sorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab. Junjungan besar kita.. Nabi Muhammad s.a.w.

Sedikit rujukan ‘Miftahul Jannah’ dari sumber Islam:

Muaz bin Jabal Radiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)

Rasulullah bersabda :
“Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka ia dimasukkan kedalam surga” (HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Sahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

‘Gigi’ yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yg dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter,tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab,tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya.

Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata:
“Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.
(Al-Saff 61:6)

Juga di dalam kisah Nabi Isa:

Telah sekian lamanya Nabi Isa as melakukan perjalanan untuk menjalankan ibadah. Pada suatu saat, dalam perjalanan beliau melihat sebuah gunung yang tinggi. Kemudian beliau mendaki gunung itu. Sesampainya di puncak gunung, Nabi Isa as melihat batu besar berwarna putih seperti air susu yang sangat indah. Beliau pun menyaksikan batu itu dari dekat dan mengagumi keindahannya.

Ketika sedang mengamati batu indah itu, Allah swt menurunkan wahyu kepada nabi Isa as: “Wahai Isa, senangkah bila Aku menampakkan kapadamu sesuatu yang menakjubkan bila engkau melihatnya?”

“Ya” jawab Isa.

Tiba-tiba batu itu terbuka dengan sendirinya dan membuat nabi Isa terkejut. Di dalam batu itu terdapat seorang syekh yang sudah tua, di tangannya memegang tongkat biru dan di hadapannya ada anggur yang masih segar. Ketika itu ia sedang melakukan solat.

Dengan hairan nabi Isa bertanya, “Ya syekh! Bagaimana anda dapat hidup di dalam batu ini?”
“Tidakkah anda lihat anggur segar di depan mataku ini? Ini merupakan rezekiku sepanjang hari” sahut syekh itu.
“Sejak bilakah anda beribadah pada Allah di dalam batu ini?” Tanya Nabi Isa lagi.
“Sejak empat ratus tahun lalu” jawab syekh.
“Ya Allah. Sungguh aku tidak dapat membayangkan bila ada di antara makhlukMu yang lebih mulia dari orang ini.” Kata Nabi Isa dengan suara agak halus.

Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada nabi Isa:
“Sesungguhnya akan datang suatu umat, iaitu umat Muhammad saw. Jika mereka beribadah kepadaKu dengan sungguh-sungguh, maka kedudukan mereka lebih mulia bagiKu daripada orang yang beribadah selama empat ratus tahun ini.”

“Ya Allah, betapa beruntungnya umat Muhammad, dan betapa bahagianya aku jika Engkau jadikan aku umat Muhammad” kata Nabi Isa as.

Terdapat banyak lagi sumber-sumber yang menceritakan seperti perkara-perkara di atas dan sememangnya Nabi Isa a.s (Jesus) adalah rasul yang diutuskan Allah s.w.t untuk membawa agama-Nya.Tetapi setelah Nabi Muhammad s.a.w diutuskan,syariat ajaran Nabi Isa a.s dan lain2 rasul atau nabi (syariat,bukannya akidah atau konsep agama Allah) adalah automatik terbatal (di mana jika kaum Nasrani benar-benar mengikut ajaran Isa a.s/Jesus mereka hendaklah memasuki agama Islam) dan hanya Islamlah sahaja agama yang benar.

Sabda Rasullah s.a.w:

Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)
Firman Allah:

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.
(Ali Imran ayat 19)

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topics/kebenaran-islam-dua-rahsia-1#ixzz0jS8IZQ5D

Hikayat Jauhari : Perihal Bumi Di Kala Terang

•Februari 17, 2010 • Tinggalkan Komen

Alkisah sebermulanya satu hikayat dahulu kala yang mewarnai alam, menerangi kepulauan nusantara yang bertasbih merdu kepada Sang Khaliq Yang Maha Kuasa Lagi Maha Perkasa. Di sebuah gedung ilmu, tempat jauhari menuntut dari gurunya. Beliau termasyhur dengan resmi padi sehingga mendapat sanjungan dari penduduk desa sekaliannya.

Arakian Sang Jauhari mempelajari ilmu alam hingga terpaku akan kehebatan Tuhan Yang Maha Pencipta sehingga tersahut seruan dari penduduk langit dan bumi, “Maka bertasbihlah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Agung”.

Bertitahlah Mahaguru kepada Sang Jauhari akan perihal keadaan bumi di kala siang dan malam hari. Syahadan berbicaralah mereka mengenai Bumi yang indah ini.

Mahaguru : Hai Sang Jauhari adakah dikau arif tentang bumi kediaman kita? Jauhari :      Hanya Allah dan RasulNya serta mereka yang diberi ilham

Mahaguru.

Mahaguru : Bumi ini mengalami tekanan yang berbaza di kala terang dan

malap, luruh dan sejuk.

Jauhari :       Apa perkaitannya Tuan Guru? Tiada saya mengerti akan itu Mahaguru : Sewaktu Sang Suria menemani kita, bumi ini dibawah tekanan

yang tinggi hatta bertebaranlah gelombang-gelombang ke

serata alam. Jadi tiada mendengarlah mereka akan pekikanmu.

Jauhari :      Jadi ketahuilah saya akan sahabat yang tiada mendengarnya

suara saya di kala terik hari. Tapi bagaimana pula akan perihal itu

itu terjadi? Akan Mahaguru jelaskan itu?

Mahaguru : Itulah pekerjaanNya yang membuatkan tanah ini semakin panas

kerana cahaya mentari hingga bertambahnya tenaga kinetik dan

menolaknya ke atas.

Jauhari :       Maka arif lah saya akan hal itu. Tetapi bagaimana pula di waktu

bulan yang menemani gerangan ini wahai Mahaguru?

Mahaguru : Akan kuberi kepadamu petunjuk agar dapat engkau cari jalan itu. Jauhari :       Maka apakah yang akan kau beri itu?                                           Mahaguru : Allah itu menjadikan segala sesuatu secara berpasangan sama ada

kamu tahu atau pun tidak.

Jauhari :       Sekalian besar Mahaguru beri kepada saya. Akan saya fikirkan

perkara yang termaktub itu.

Bersambung…