Masih Samar Di Hadapan


Semuanya bermula tatkala Matahari dan Bulan beredar dengan aturannya tanpa melebihi yang lain dan mereka tidak pula melampaui batas hinggalah tarikh 13 May 2010 ini. Aku merasakan adanya kelainan yang berlaku pada hari itu dan tidak pula mampu terucap oleh kata-kata hinggakan aku terdiam seribu bahasa dan linangan air mata sahaja yang bisa menjadi jurucakapnya.

Sehari sebelum itu, aku terpanggil untuk membaca sebuah novel yang telah lama dibeli oleh kakakku.Lebih kurang setebal 400 m/s aku tatap dengan penuh kekhusyukkan dan Seharum Kasih judul diberi.Seolah-olah aku ketika itu terbuka luas duniaku ke alam yang lebih dewasa dan terbuka. Semuanya mengenai Syed Reeza dan Rasya watak utamanya. Aku meneliti setiap plot penceritaannya peringkat demi peringkat.

Reeza telah melakukan pelbagai perkara bagi meyakinkan Rasya bahawa hanya dialah satu-satunya wanita yang dicintainya. Akan tetapi Rasya masih memasang syak wasangka yang buruk terhadapnya disebabkan wajahnya yang kacak dan ditambah pula hasutan fitnah yang dihamburkan Adri terhadapnya. Semua itu menggugat kepercayaannya terhadap Reeza. Hinggalah hubungan  antara mereka terjejas disebabkan keputusan Rasya yang terburu-buru dan Reeza pula jatuh sakit atas kehilangan Rasya dan dirawat di Bandung. Pada peleraiannya mereka disatukan semula tetapi ‘dimadukan’ dengan kenalannya di Bandung demi memberi pengajaran kepada Rasya agar percayakan sumainya kini Reeza.

Maka, tatkala aku memandang memandang kehidupan ini dari sudut yang berbeza sehingga membuatkan jiwaku ini sebak menahan pilu hingga berkaca-kaca mataku. Begitu juga denganku. Dia tanpa jemu menunjukkan pelbagai bukti kasihnya kepadaku. Namun aku tetap bermaksiat kepadanya. Seringkali dia teringatkan aku akan itu juga aku pula sedikit sekali mengingatinya. Dia terlalu istimewa bagiku namun nafsu yang sering marak dalam jiwa ini mengeruhkan hubungan intimku. Serinngkali aku kesunyian dia pula muncul dengan pelbagai kejutan. Aduhai betap menyasalnya aku kerana itu jugalah aku tidak mampu menghargainya dengan setulus hatiku.

Ya Allah, telah Engkau menunjukkan cintaMu terhadap hamba ini dari segenap alam dan tidak pula hamba ini mahu mensyukurinya. Dan kini Ya Allah, aku pula amat merindukan belai kasih dariMu seperti mana Engkau membawa aku mendakap di sisiMu di waktu dulu. Aku amat merindukan di saat aku bermanja denganMu, Ya Allah. Dan betapa menyesalnya aku mula menjauhkan diri dariMu dan kini aku terasa begitu kosong seolah-olah aku telah kehilangan sesuatu yang begitu bermakna dalam hidupku iaitu CINTA dari Mu, Ya Allah. Di saat aku menjauhkan diri dariMu, terasa perit pula kehidupan ini tanpa sentuhanMu, Ya Allah. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah, Kau mengetahui warkah terisitimewa ini hanya untukMu walau tidak seindah bahasa yang Kauungkapkan terhadap kekasihMu Muhammad Rasulullah. Namun andai aku akan Kau jemput suatu hari nanti, akan kubersedia untuk itu dan terimalah ini sebagai surat cinta dariku ketika di dunia ini.

Advertisements

~ oleh neutrona di Mei 14, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: