Episod Yang Diabadikan


Aku melayari bahtera kehidupan yang penuh cabaran. Ku meredah laut membelah angin untuk kusampai ke pulau impian. Kulalu sepanjang denai di hadapanku hingga kutemui penghujung kehidupan dan aku tidak pernah puas dengan itu. Melihat alam terbentang luas, sentuhan kasih Ilahi terhadap hamba-hambaNya yang berfikir.

Aku meniti sepanjang arus yang deras dan telah kuamati kehidupan ini dari dua puncak yang berbeza. Dahulu aku umpama seorang raja yang megah berdiri di hadapan rakyat jelata. Kurasai kehidupan ini penuh dengan tanggungjawab yang harus dipikul hingga berkata seorang hukama, Imam Al- Ghazali “Kewajipan itu lebih banyak daripada masa” dan aku masih lagi tidak mampu menunaikan segalanya yang menjadi amanah terhadap diri ini. Lantas aku memerlukan akar-akar kesetiaan bagi membantuku untuk terus menegakkan panji-panji kebenaran.

Hinggalah ke satu masa aku menelusuri alam sebagai hamba yang kerdil dan kulihat segala ragam pemimpin di atasku. Aku bisa merasakan ada yang telus dan ada yang bolos. Telah kuletakkan takhta ini dan kubawa diri ini lari dalam alam fantasi dan terbuka luas arena pemikiran yang selama ini sering diselubungi samar-samar kekeliruan. Tiada lagi tongkat yang boleh memanduku dan tiada lagi mata-mata kebenaran yang boleh memimpinku.

Akan tetapi bukan itu yang ingin aku luahkan cuma sekadar jiwa yang memerlukan tempat berteduh walau kutahu kepada siapa sebenarnya. Demi sistem suria yang mengelilingi paksinya, demi seluruh kehidupan yang bertakluk kepada peraturan Rabbul Izzati, demi saksi 6 February 2010 yang menguasai masa 24 jam lamanya ketika itu. Tanggal ini menjadi titi untuk aku harungi kehidupan sehari itu.

Aku memiliki teman,
Teman yang menjadi cermin,
Memperlihat kepadaku,
Akan diriku sebelumnya,
dan wajah-wajah,
yang terukir senyuman dibibir,
lalu mengukir kegirangan di hati,

Kini,
teman inilah yang sentiasa disi,
sering memancar sinar kebahagiaan,
yang tidak sepi dari kemeriahan hati,
walau belum cukup sempurna,
akan kuterima seadanya.

Ketika itu aku dapati dia akan meninggalkan aku di sini keseorangan walhal telah banyak derita yang kau hadapi dan dia tegar meninggalkan dalam keadaan aku memerlukan dia di sampingku. Dia yang berjaya menjengah hati ini akan lenyap bayangnya dari penglihatan sempitku. Hari itu aku merasakan dunia ini bagai hilang sinarnya dan awan meratapi bersamaku akan pemergiannya. Bah hati ini kerana aku bakal melepaskan layar bahtera yang mengerakkan aku aku tiba ke pangkalan dengan selamat.

Lantas aku berusaha menyiapkan segala kejutan baginya agar pengakhiran ini membawa kenangan yang manis bagi dua insan ini.Hati ini sebenarnya luluh tetapi masih gah berdiri melambangkan kerelaanku melepaskannya. Aku merancang bersama temanku untuk mengusik hatinya sedikit. Hari itu, merupakan sekolah ganti telah aku susun rapi segala rencananya. Aku hayati waktu itu sedetik demi sedetik hinggalah tamat sesi persekolahan.

Akhirnya pentas lakonan bermula untuk si dia yang amat aku senangi ini. Aku memulakan detik perbicaraan ini dengan nostalgia. “Hakim, hari ini mungkin last untuk kita jumpa kut” itulah kata-kata pertamaku untuknya dan dia masih terdiam mengamati kata-kataku. Seraya aku mencorak bahasaku “Semalam aku pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan dengan xray”. Keadaan masih lagi sunyi dibuai bayu kesayuan. Ketika itu juga bersaksikan sahabat-sahabat 5 Sains 2 yang lain, Fatin Noba Nadia @FnN, Siti Amira dan Siti Najiha bersama tunjangku, Muhammad Hakim Sharin @ Hakim (Ketua Kelas).

Aku mengorak langkah lagi, “Doktor kata aku ada dua penyakit, sakit jiwa tahap pertama dengan sakit tulang.” Syahadan dia memcahkan tembok kesepian dengan sahutan kata-katanya kepada FnN “Kan aku dah kata dia ni tak betul sikit” Sampai hati dikau, Hakim melontarkan kata-kata sedemikian tanpa engaku fikir luluh hatiku dimamhkan setiap patah katamu. Terus aku menggagahkan diri menysun kata-kata “Doktor kata aku kena jalani rawatan pembedahan esok, sama ada nak bedah otak atau bedah badan dulu” . Dia terus mengangguk memahami situasiku ini dan aku meneruskan dialog yang meraih simpati ketua kelasku ini “Aku nak buat pembedahan otak dulu tapi doktor kata kalau gagal mungkin hilang ingatan atau lumpuh. Nanti aku tak boleh ingat kau lagi”.

Matanya terus merenung tepat ke arahku bagai terdengar Malaysia hendak salji. Aku terus membawa pentas lakonan kini ke puncak penceritaannya bersama sahabat- sahabatku yang menjayakan dilema ini bersama ketua kelas yang dihormati, Muhammad Hakim Sharin, “Aku dah bawa hadiah ni sebab doktor suruh aku bawa satu kenangan yang boleh jadi pendorong semangat. Jadi aku buat kembar hadiah ni. Satu dah ada kat aku”. Terus aku menghulurkan satu bungkusan yang diliputi surat khabar yang dibalut kemas dengan sulaman kasih tapi tak sayang.

Kemudian dia mengambilnya dan dimintanya untuk membuka bungkusan tersebut. Dia melihat satu sulaman namanya dan namaku diabadikan dengan warna kuning dan oren. Di dalamnya turut terisi satu nota terakhir sebelum ‘pemergianku’ dan diminta dibacanya dengan kuat. Namun dia enggan kerana memikirkan isinya yang menyentuh. Tapi terus mendatangkan kebingungan bagi yang tiada mengerti kerana dia terus mengenggam surat itu dan membuangnya. Ketiak itu aku dan FnN terus menceriakan suasana dan terus tergelak besar kerana isinya berbunyi :
” Hakim, thanx tau.
Aku rasa,
aku dah berjaya,
tipu kau…”

Kemudian penipuan itu terus terbongkar. Itulah blasannya bagi mereka yang dihargai ingin menipu kata nak pindah. Jadi aku bersama teman akrabnya sejak kecil merencanakan ini uttuk menegnakannya semula. Oleh itu sekalung penghargaan kepada pelakon-pelakon yang memainkan watak dengan baik dan juga ketua kelas yang amat dihormati.

Siti Amira – Ketua Pelajar budak belakang aku
Siti Najiha – Ketua Pelajar budak belakang aku
Hakim – Ketua Kelas dan mangsa hari Sabtu
FnN – Fatin noba Nadia sebagai kapla
Anwar – Tukang menipu yang tak seberapa jadi.

Sekian,
Teriam Kasih.

Advertisements

~ oleh neutrona di Februari 12, 2010.

3 Respons to “Episod Yang Diabadikan”

  1. ahak hak hak,
    tiba2 lak aku kapla ,
    ish si nuek nih,
    haha agak gebang cite kau ye,
    asal x tmbah yg ko trpakse mnngunakan mnyak kapak ntuk mngluarkan ar mate wuuuu

  2. 7/10..
    usaha lg
    bnyakkan lg babab2 yg mnarik ye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: