Lelaki Terhangat


Seringkali aku mengharapkan untuk menjadi jejaka yang terhangat. Aku diperlihatkan dengan pelbagai gelagat dan ragam manusia di sekitarku. Kudapati ada di antara mereka yang bersifat penyanyang, ada pula yang terlalu emosional dan ada pula yang banyak mulutnya. Aku selalu memikirkan bagaimana untuk menjadi lain dari yang lain dan dipandang tinggi oleh mansyrakat sekelilingku…

Satu kata-kata hikmah dari ahli hukama bermain di fikiranku… Acap kali aku terdengar satu ungkapan “Jadilah engkau 99% inspirasi kepada yang lain dan jadikanlah 1% itu sebagai inspirasi kepada dirimu sendiri.” Namun aku masih lagi berfikir bagaimana untuk mencapai kenginan itu…

Aku sering merenung kebesaran Ilahi, membuahkan pelbagai hikmah di ruang dada. Masih lagi tercari-cari akan identiti diri. Masih sepi dalam keriangan khalayak ramai aku diperlihaatkan dengan bermacam ragam kehidupan di dunia ini.

Aku ceritakan satu persatu kepada dikau akan perihal manusia… Insan ini mempunyai satu pegangan yang agak pelik… Dia sungguh terkenal dengan satu hal “Aku tak suka perempuan! Aku tak kan kahwin.” Namun dia bukanlah seorang homoseksual dan perilakunya agak kasar. Pengaruhnya agak kuat dalam masyarakat sekelilingnya. Kehadirannya juga serba-sedikit memberikan impak kepada perjalanan seharian masyarakat itu. Hatiku membisik sejenak “Adakah ini yang engkau mahukan agar dikau dipandang tinggi?” Tetapin bagiku dia tidaklah menepati ciri-ciri yang kuidamkan. Hmm susah betul..

Tidak kurang pula daripada itu, seorang Insan ini pula kononnya sudah tahu semuanya. Cakap sahaja sedikit pasti dia akan menambahkan segala-galanya akan perkataanmu. Bak kata orang tua-tua memang patut kita menunut ilmu agar mudah berbicara dengan orang. Namun perihal orang ini, dia bijak tetapi kurang rapat dengan sekitarnya. Dia lebih cenderung untuk bergaul dengan berlainan jantina sahaja. Almaklum dia tidak disukai dalam kalanganyan sendiri. Aku masih kekeliruan lagi, adakah dia dipandang tinggi dalam arena pergaulannya itu? Adakah dia menjadi contoh kepada pria-pria sejagat dan menjadi rebutan para gadis? Sudah tentu tidak dek kerana sikapnya yang egoistik dan Cik Serba Tahu lah katakan. Apa yang orang kata tidak mahu dia perturutkan….

Hadirnya juga seorang Insan yang membawa saingan besar la juga kepada dua watak yang lain. Sepanjang tempoh dia berinteraksi dalam masyarakat, dia seorang yang pendiam di khalayak ramai. Dia memiliki sifat yang fleksible. Dia juga Cik Serba Boleh namun tidak lah pula bnayak omangannya. Dia disukai ramai dalam kelompoknya. Dalam kalangan wanita, dia nie sebenarnya amat diminati dalam diam. Jika dalam kelompoknya pandai sungguh dia bergurau tapi bila dikacau oleh perempuan habis terdiam membisu dia. Kedatangnanya memberikan impak yang besar terhadap beberapa individu selain mampu membuatkan ramai orang menerima kehadirannya dengan baik sekali. Pada masa yang sama, ada juga orang yang amat membencinya dek kerana pandangan yang dimiliknya berbeza dengan orang lain…
Hatiku mulai tertanya lagi “Adakah dia insan terbaik?” Dan aku andaikannya sebagai “Ya…” Tetapi dia bukanlah dari kalanganku yang bisa memandang satu hal itu dari perspektif yang berbeza.. “Ha aku gagal lagi…” Keluh hatiku yang termanggu-manggu…

“Argh!!!!!! Apakah jawapan yang terbaik untuk ini?” Qalbuku berteriak menginginkan perhiasan diri yang abadi… Hinggalah ke saat ini Yang Maha Mengetahui memberikan kepadaku petunjuk…. Satu sabda Nabi Muhammad S.A.W. Bermaksud

“Cemburuilah kepada dua mu’min ini iaitu orang yang memmbaca Al-Quran dan mengamalkannya….”

Lantas jiwa ini mulai tergerak seribu langkah berkata seribu bahasa memandang seribu batu “Ha ini lah yang patut menjadi ikutanku. Andai aku melaluinya pasti kehebatan dan kejayaan hakiki manjadi sinaran makhkota diriku!”

Wahai umat,
Andai benar apa yang telah aku perkatakan,
Maka kau turuti lah ia hingga ke akhir hayatmu,
Hingga gunung Uhud tunduk kepadamu,
Matahari berhenti terbanam keranamu

Wahai umat,
Jika engkau menafikan perihal ini,
Maka tunjukkanlah kepada dirimu akan kebenaran yang engkau janjikan,
Beritakanlah kepada kami akan tali-tali selainNya yang membawa kemenangan,
Hingga matahari dan bulan tidak menuruti aturan,
Dan siang dan malam hilangan keserasian

Namun perlu juga engkau katahui, jika engkau memilih jalan ini sebagai panduan hidup, tadaklah semudah yang engkau sangka kerana yang memusuhimu itu telah lama ceriteranya sejak Adam A.S.

Kini segalnya dalam tanganmu yang menetukan hala tujumu. Bagaimanakah acuan yang kau inginkan untuk seluruh hidupmu yang bakal engkau dambakan selama-lamanya? Adakah engkau memilih untuk menuruti apa yang talah disediakan oleh Yang Maha Mengasihani? Atau menurut hawa nafsumu yang melencong?

Advertisements

~ oleh neutrona di Januari 29, 2010.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: