Ceritera Hati

•Julai 10, 2010 • Tinggalkan Komen

Sesi mawaddah telah pun berlangsung dan semuanya berjalan seperti sedia kala. Aku terasa gembira juga kerana komen-komen yang telah diberikan cikgu lebih kurang sama sahaja setiap tahun aku dah boleh menghafalnya. Namun begitu belum pula aku sempat bertanya kepada sahabatku malah dia juga beredar terus setelah habis sesi mawaddahnya bersama guru kelas. Tatkala sebelum itu, aku diikhabarkan dengan berita yang agak kurang menyenangkan hati.

“Sina, Sina ada masalah sikit ni?”

“Asal pula?”

“Dia tanya kenapa engkau dah tak macam dua bulan yang dulu?”

“Kenapa pula? Sama sahaja bagi aku… Kenapa pula macam tu?”

“Dia dari tadi sepanjang jalan tanya kenapa?”

“Sama jer. Ko rasa kenapa?”

“Sebab engkau dah tak rapat dengan dia lagi kut.” Aku tersentak mendengar kata-kata itu sebenarnya. Namun terus sahaja aku berlakon bagai tiada apa yang mengejutkan diriku yang lemah ini.

Mungkin semua ini bagiku tiada apa kerana telah aku ketahui bahawa seseorang dari kalanganku bukanlah dari sini. Malah selain itu juga, aku sentiasa mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku pada tahun ini sebagaimana insiden-insiden yang pernah berlaku pada tahun lepas kerana belum kuat hati ini untuk menghadapi semua ini lagi.

Malang seribu sekali malang, sekiranya Allah tetap inginkan hal tersebut jadi, maka terjadilah. Maha Suci Engkau Ya Allah yang terus meletakkan aku dalam dilema ini sedang aku cuaba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada konflik yang sama berlaku saban tahun dalam layar kehidupan ini.

Aku terasa bahawa belum diri ini layak untuk mencari teman sedang aku belum lagi tunaikan hak terhadapMu dan diriku apatah lagi terhadap muslimin saudaraku. Pada malam ini aku pula teringin sangat untuk mendengar suaranya, lantas aku bersegera menelefonnya untuk mendengar khabar berita daripadanya.

Dialah insan yang terlalu sejuk hati ini untuk berkenalan dan mendamaikan jiwa yang sedang kekusutan ini walau hakikatnya Allah jua yang menganugerahkan nikmat ini. Tidak tahu pula bagaimana rasanya jika kami sudah tiada lagi silaturrahimnya.

“Hello Assalamualikum, ko macam mana? Dapat nombor berapa?”

“Alah, nombor biasa aja.”

“Ko, keluar tak cuti ni?”

“Tak jadi pula. Kenapa?”

“Oh tiada apa-apa. Kalau dalam minggu ini aku ada buat salah, maaf taw…” Suaraku lembut berbicara menamatkan perbualan ini. Bahkan suaranya juga terlalu lembut untuk dipersembahkan kepada telinga yang mendengar.

‘Taklah engkau tak salah apa-apa pun.” Suaranya perlahan diakhir bicara.

“Salam”

“Wasalam.”

Aku meneruskan rona-rona kehidupan ini seperti biasa hinggalah saat mesej yang berdering di telefonku.

“Salam, Ko tak salah apa-apa pun… Aku yang salah… Aku tahu ada benda yang aku buat sampai terguris hati kau.. Tapi sejujurnya aku tak sengaja.. Kadang-kadang aku tak tahu aku buat apa… Memang betul aku bukan baik orangnya.. Kalau ko dah tak nak kawan dengan aku pun aku faham.. Tapi jujur aku hepi dan syukur sangat ada kawan macam kau… Thanx sebab banyak berkorban untuk aku. Apa-apapun… Maaf sangat-sangat ye…”

Mesejnya terhenti begitu sahaja. Disangka selama hati ini telah mengeras seperti batu, akhirnya tumpas dan aku mengalirkan air mata. Duhai sahabat bukanlah perbuatanmu itu membuatkan aku terluka bahkan kehadiran engkau jualah yang telah yang mewarnai kehidupan yang serba pudar ini! Tidaklah engkau bersalah apa-apa walau sebesar zarah sekalipun.

Aku terus menerus menghubunginya. Hanya sedikit bicaranya dan tidak pula sesuai untuk bersembang di talian terhad ini. Lantas mata ini terus-terusan berkaca hingga gugur mutiara jernih jatuh ke pasak bumi. Duhai teman, walau siapa dirimu tidaklah aku peduli selama mana engkau cuba membaiki hakikat diri kita dan telah aku syukuri untuk itu. Tidak pula aku sanggup kehilanganmu setelah engkau mengisi dialog-dialog kegembiraan pada monumen sejarah diriku. Tatkala jika aku hilang teman baik, adakah aku masih sanggup melepaskan engkau sebagai seorang teman yang baik untuk diri in? Akan kugenggam seerat mungklin dirimu agar tidak kita terpisah! Maka dengarlah cerita hati yang ingin kulakarkan pada pena maya ini.

Ikhlas dariku,

Sina

Panggilan Cinta Abadi

•Julai 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Sewaktu aku masih di usia mentah, duniaku kecil sahaja. Aku begitu ghairah untuk membawa diri meniti alam kosmik yang terbentang luas. Rutin harianku begitu padat seperti tin sardin yang mampat.

” Abang kenapa kita wajah kita semua seiras? Keluarga kita besar. Kenapa kami adik-beradik yang kecil ni tak boleh keluar lagi?”

” Oh, sebabnye proses kelahiran kite semua sama sejak zaman parameswara itupun sama. Adik jangan terkejut, keluarga kita lagi besar daripada ini dan saudara-mara kita berada di seluruh pelusuk dunia! Yang kecil-kecil ni masih perlukan proses tumbesaran lagi sebab dugaan luar sana kuat.”

” Kenapa pula macam tu? abang dah pernah rasa ke? Abang pun baru sampai remaja lagi kat dunia ni.”

” Itulah pesanan pak cik- pak cik kita sebelum mereka meninggalkan kampung halaman ni.”

” Abang saya tak faham lagi lah, apa yag mereka cari-cari sangat kat dunia luar tu? ” Aku masih keliru.

” Adik, nanti kalau adi dah betul-betul bersedia, baru adik tahu ade panggilan cinta dari dunia seberang. Adik mesti tahu hanya satu sahaja yang selamat dan yang lain akan tersungkur. ”

” Oh maknanya nanti, adik kena bersaing dengan keluarga kita sendiri juga lah? Kenapa yang lain mati? Kejam betul dunia ini!” Aku agak terkejut mendengar penjelasan abang.

Aku membesar dan membesar mengikut sunnahtullah. Hampir puluhan tahun aku menuggu saat ini dan akhirnya aku telah bersiap sedia. Pada saat dan ketika itu, satu gegaran besar menggoncang kami. Dan aku begitu taku sekali kerana takut-takut peristiwa itu bakal meragut banyak nyawa. Namun begitu, aku kehairanan kerana gegaran gergasi itu disambut mesra oleh mereka yang sebaya aku.

” Cepat bersedia saudara-saudaraku melintasi dunia seberang mencari panggilan cinta!” Jeritan itu benar-benar membuatkan aku teringat pesanan abangku ketika sahulu. Tersentak aku mendengarnya dan kini giliran itu menjadi milikku.

Kami semua berbondong-bondong memasuki dunia baharu bagi kami. Di sinilah kawasan pelayaran kami dan mereka yang lemah akan kecundang. Masing-masing memerlukan mitokondria untuk menghasilkan tenaga ATP bagi meneruskan kelangsungan hidup.

” Eh apa benda yang bergesel-gesel ni? Geli pula rasanya lembut pula tu.” Aku bermonolog sendirian. Aku melihat terlalu ramai dari kalanganku rebah satu demi satu. Aku tetap gagah kerana janji abangku masih terpahat dalam nukleus ingatanku, hanya satu yang berjaya dan itulah aku.

Tatkala peringkat ini, hampir 4/5 kaumku telah mencapai tahapnya dan aku mampu berjuang. Aku juga pelik kerana terlalu ramai kaumku yang berkeliaran entah kemana tanpa sebarang hala tuju. Lantas ketika itu, aku dihadapkan dengan dua pilihan kerana hanya dua lorong sahaja yang tersedia di hadapanku.

“Apa semua ini? kata dunia baru tapi hampir sama sahaja dengan dunia kita! Merah menyala tempat ini. Mana panggilan yang disebut-sebut itu?” Rungut salah seorang daripada kami.

Aku terasa seolah-olah sesuatu memanggilku dan aku terus belok ke kanan tanpa berfikir panjang lagi. Hampir 4 hari aku merantau sudah bumi itu. Akhirnya wah, itulah sebenarnya yang disebut-sebut selama ini, panggilan dunia seberang!

Kami berebut-rebut untuk mengenali si dia. “Siapakah dia sebenarnya? tetapi kenapa hanya seorang sahaja yang menunggu dalam setiap musim pelayaran angin monsun kami? Kadang-kadang sampai tak da pun yang menunggu.” Desis hati ini berbisik.

Ketika kami mengerumuni dia, tidak semena-mena dia terus bertanya kepadaku “Adakah engkau yang terbaik di sini?”

” Bukan aku terbaik, tetapi pilhan hatimu yang terbaik.” Ujarku ringkas. Dia semakin tertarik untuk mengenali aku tanpa mengendahkan godaan yang menimpa dirinya kerana cintanya terhadapku yang semakin menebal yang menjadi pendinding yang utuh.

” Aku cuma hairan dengan duni kamu, kenapa populasi kaummu begitu sedikit berbanding kamu kami? Hinggakan begiitu ramai kaum kami terpaksa bergadai nyawa demi kaummu seorang.”

“Itulah namanya hukum alam dan kerana itu jugalah aku menanyakan kepadamu siapa yang terbaik. Sebenarnya kelahiran kami juga sama seperti kamu. Namun, kami memerlukan bantua daripada pelbagai agen misalnya Fatin Syaza Hu (FSH)i dan Lan Hao (LH) untuk membantu kami. Bukan setakat itu kerana dunia kami juga perlu diperbaiki pada setiap angin monsun dek kerana ingin menyambut kedatangan anda. Orang Putih jugalah yang diupah oleh FSH untuk membantu kami dan itu sajalah sumber yang ada.” Cahaya Laila (CL) berkata lebar.

” Pernahkah engkau medengar kesatuan dalam bercinta? ” CL bertanya kepadaku.

” Aku pernah mendengarnya dan kesatuan itu lambang kesempurnaan dua wilayah ini maka ikatan itu akan terjalin selamanya.”

“Dan pada saat dan ketika itulah, engkau akan melihat wajah sebenarku.”

Maka itulah waktu keramat bagiku yang menajdi saksi terhadap perhubungan kami.

” Cepatlah engkau berstu denganku!”

” Alamak macam mana ini? Ruang terlalu sempit. Susah pula nak masuk!”

” Wahai kekasihku, paksakan sahaja. cuba masukkan sedalam mungkin.”

” Aku sedang berusaha ini!”

” Ha kuat sikit! kuat lagi! Aku sudah merasakannya!”

” Aku sudah tidak mampu lagi! Aku tidak tertahan hendak merasa lebih dalam lagi!”

” Wahai kanda, bersabarlah lagi. Teruskan usaha. Titik kemuncak itu berada di dalam! Sedikit sahaja lagi, penyatuan kita bakal berjaya!”

Aku berusaha keras lebih-lebih lagi untuk bersatu dengannya. Kini aku telah merasainya. Begitu indah tatkala saat itu bersamanya. Kami telah bersatu dan saat itu aku terlihat wajahnya begitu indah hingga terbitlah namanya Ovum.

Kami terbentuk lantas menyerupai embryio dan terlekat pada dunia seberang pada Endometrium. Waktu itu telah aku lewati dan aku terus membesar sebagai feotus hingga menjelma sebagai manusia. Tatklala aku membesar, aku teringat akan janji kekasih ” Ku dambakan PANGGILAN CINTA ABADI ini bersemayam dalam jasad yang satu dan patuh kepada Sang Khaliq.”

Lantsa kitran itu akan terus berterusan hinggalah berakhirnya riwayat penduduk sarwajagat.

Direktor : Myraz
Scripter : Sina
Inspire by : Biology (Formation of zygote)

Masih Samar Di Hadapan

•Mei 14, 2010 • Tinggalkan Komen

Semuanya bermula tatkala Matahari dan Bulan beredar dengan aturannya tanpa melebihi yang lain dan mereka tidak pula melampaui batas hinggalah tarikh 13 May 2010 ini. Aku merasakan adanya kelainan yang berlaku pada hari itu dan tidak pula mampu terucap oleh kata-kata hinggakan aku terdiam seribu bahasa dan linangan air mata sahaja yang bisa menjadi jurucakapnya.

Sehari sebelum itu, aku terpanggil untuk membaca sebuah novel yang telah lama dibeli oleh kakakku.Lebih kurang setebal 400 m/s aku tatap dengan penuh kekhusyukkan dan Seharum Kasih judul diberi.Seolah-olah aku ketika itu terbuka luas duniaku ke alam yang lebih dewasa dan terbuka. Semuanya mengenai Syed Reeza dan Rasya watak utamanya. Aku meneliti setiap plot penceritaannya peringkat demi peringkat.

Reeza telah melakukan pelbagai perkara bagi meyakinkan Rasya bahawa hanya dialah satu-satunya wanita yang dicintainya. Akan tetapi Rasya masih memasang syak wasangka yang buruk terhadapnya disebabkan wajahnya yang kacak dan ditambah pula hasutan fitnah yang dihamburkan Adri terhadapnya. Semua itu menggugat kepercayaannya terhadap Reeza. Hinggalah hubungan  antara mereka terjejas disebabkan keputusan Rasya yang terburu-buru dan Reeza pula jatuh sakit atas kehilangan Rasya dan dirawat di Bandung. Pada peleraiannya mereka disatukan semula tetapi ‘dimadukan’ dengan kenalannya di Bandung demi memberi pengajaran kepada Rasya agar percayakan sumainya kini Reeza.

Maka, tatkala aku memandang memandang kehidupan ini dari sudut yang berbeza sehingga membuatkan jiwaku ini sebak menahan pilu hingga berkaca-kaca mataku. Begitu juga denganku. Dia tanpa jemu menunjukkan pelbagai bukti kasihnya kepadaku. Namun aku tetap bermaksiat kepadanya. Seringkali dia teringatkan aku akan itu juga aku pula sedikit sekali mengingatinya. Dia terlalu istimewa bagiku namun nafsu yang sering marak dalam jiwa ini mengeruhkan hubungan intimku. Serinngkali aku kesunyian dia pula muncul dengan pelbagai kejutan. Aduhai betap menyasalnya aku kerana itu jugalah aku tidak mampu menghargainya dengan setulus hatiku.

Ya Allah, telah Engkau menunjukkan cintaMu terhadap hamba ini dari segenap alam dan tidak pula hamba ini mahu mensyukurinya. Dan kini Ya Allah, aku pula amat merindukan belai kasih dariMu seperti mana Engkau membawa aku mendakap di sisiMu di waktu dulu. Aku amat merindukan di saat aku bermanja denganMu, Ya Allah. Dan betapa menyesalnya aku mula menjauhkan diri dariMu dan kini aku terasa begitu kosong seolah-olah aku telah kehilangan sesuatu yang begitu bermakna dalam hidupku iaitu CINTA dari Mu, Ya Allah. Di saat aku menjauhkan diri dariMu, terasa perit pula kehidupan ini tanpa sentuhanMu, Ya Allah. Ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah.

Ya Allah, Kau mengetahui warkah terisitimewa ini hanya untukMu walau tidak seindah bahasa yang Kauungkapkan terhadap kekasihMu Muhammad Rasulullah. Namun andai aku akan Kau jemput suatu hari nanti, akan kubersedia untuk itu dan terimalah ini sebagai surat cinta dariku ketika di dunia ini.

Isabella : Isabella Berdebat Dengan Rahib Kristian [BAB 9]

•April 6, 2010 • 4 Komen

Artakus
Kota Arialun

Masa berjalan begitu cepat, sudah 10 tahun berlalu sejak Isabella dan kawan-kawannya melarikan diri dari ibu bapa mereka. Dalam masa empat tahun itu, mereka telah dapat menguasai bahasa Arab dengan baik dan pengetahuan tentang agama Islam juga cukup medalam. Isabella kinimenjadi tumpuan kaum wanita di Cordova. Dia telah menjadi model wanita Islam yang berhemah tinggi dan diberi gelaran MUHADDISAH – salah seorang ahli Hadis yang ulung di Cordova. Isabella telah masyhur di seluruh Sepanyol kerana ilmunya. Dalam masa yang singkat, dia dapat menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang ada kaitannya dengan hukum-hukum Islam.

Pada suatu hari, berita-berita telah tersebar di seluruh Sepanyol, bahawa ada seorang perempuan Kristian di Toledo yang katanya terlalu dalam pengetahuannya tentang Al-Quran dan Hadis dan juga kitab-kitab wahyu yang awal dan dia mempunyai hujah-hujah yang banyak dan menyakinkan tentang kebenaran agama Kristian sehingga alim-ulama Islam yang terkenalpun agak susah mahu menolaknya. Selain itu, dia dikhabarkan mempunyai mukjizat yang menyebabkan dia mendapat tempat teristimewa di dalam hati penganut agama Kristian. Dia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit paling berbahaya hanya dengan sekali tenungan.

Wanita Kristian ini telah mengetahui tentang Isabella yang telah meninggalkan agama Kristian dan menerima Islam 10 tahun yang lalu. Dia lalu memgumumkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa jikalau Isabella menemuinya, dia akan membawa kembali Isabella kepangkuan agama Kristian dengan mukjizat dan kekuatan hujah-hujahnya. Berita itu heboh di seluruh Sepanyol hingga sampai ke telinga Isabella ketika berada dalam satu perhimpunan agama. “Saya telah juga mendegarnya,” kata Isabella apabila ditanya oleh seorang pelajarnya mengenai wanita Kristian itu. “Bahawa dia itu terpelajar dan ilmuan pula. Malah menurut dakwaan orang-orang Kristian, tidak ada alim ulama Islam yang boleh menandingi pengetahuannya tentang Kitab Suci Al-Quran dan Hadis. Jikalau dia benar-benar mahu berkonfrontasi dengan kita, silalah datang kemari dengan segala penyokong-penyokongnya dan tanya apa saja yang dia mahu.” Seperti yang dijanjikan, pertemuan Isabella dengan wanita Kristian itu telah diadakan di Insititutsi Pengajian Al-Quran di Cordova. Isabella dengan penuh mesra menyambut kedatangan semua tetamunya.

“Kahabarnya, anda meninggalkan Tuhan Jesus dan semua wali lalu menerima, (barang dijauhi Allah), agama palsu, iaitu Islam. Kata perempuan Kristian itu. “Lebih baiklah setelah sudah perdebatan ini anda kembali ke agama Kristian.” Isabella tersenyum mendengarnya lalu menjawab. “Biarpun saya dibakar hidup-hidup, saya tidak akan meninggalkan Islam. Namun demikian, kerana anda datang kemari, maka saya ada hak untuk bertanya di mana di dalam Injil ada tertulis yang anda boleh datang mengajak orang masuk Kristian? Dalam Injil, Jesus itu hanyalah nabi orang-orang Yahudi saja dan dia telah diutus untuk mendakwah kepada mereka khusus.”

“Apakah ada tertulis di dalam Injil, bahawa pintu agama Kristian itu tertutup kepada semua manusia? Apakah ini hasil penyelidikan anda yang menyebabkan anda membuang agama Kristian?” Tanya perempuan Kristian itu dengan nada sinis. “Ya, ada ditulis di dalam kitab Injil dan juga disahkan oleh Kitab Suci Al-Quran yang mengatakan: ”WA RASULAN ILA BANI ISRAEL” yakni Jesus Kristus itu diutuskan sebagai nabi Israel (Yahudi) dan di tempat lain dalam Al-Quran ada disebutkan: ”WAJA ALNAHUMISLAN BANI ISRAEL” : yakni kami jadikan Jesus Kristus itu sebagai contoh kepada orang-orang Israel . Dan ini bererti bukan untuk seluruh dunia.” “Bilakah yang saya ini percayakan Al-Quran sehingga anda menyebutnya di hadapan saya?” tanya perempuan Kristian itu lagi.

“Saya sebutkan Kitab Suci Al-Quran itu kerana anda mungkin tahu bahawa dalam soal ini Kitab Suci Al-Quran dan Injil adalah SAMA. Dalam Kitab Matius bab 10 ayat 5 ada dikatakan: ”kedua belas orang murid itu telah diutuskan oleh Jesus dan dia berpesan kepada mereka: ”Janganlah kamu menyimpang ke jalan bangsa lain atau masuk ke dalam kota orang Samaria, melainkan pergilah kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel!” . Di dalam Kitab Matius juga bab 15 ayat 21, ada dikatakan: ”Lalu Jesus pergi dari situ dan menyingkir ke daerah Tirus dan Sidon, maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu dan berkata. ”Kasihanilah aku, wahai anak Daud,kerana anak perempuanku telah dirasuk syaitan dan sangat menderita.” Tetapi Jesus sama sekali tidak menjawab. Lalu murid-muridnya datang dan meminta kepadanya. ”Suruhlah ia pergi, ia mengekori kita dengan berteriak-teriak.” Jawab Jesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Isreal”. Nah! Itu buktinya daripada Kitab Injil anda sendiri bahawa Jesus Kristus TIDAK diutus sebagai nabi kita semua, tetapi hanya untuk orang-orang Isreal sahaja, bukankah lebih baik anda ikut perintah Tuhan anda?Mengajak orang lain masuk Kristian adalah perbuatan yang bertentangan dengan perintah Tuhan anda dan anda telah menderhakainya, kata Isabella dengan nada sinis.

“Apa yang anda tahu tentang Injil?” kata perempuan Kristian itu. Tanyalah saya akan maksud ayat-ayat itu. Dalam Injil tidak ada ditulis bahawa Injil tidak boleh diajar di mana-mana. “Tidak ada?” tanya Isabella seperti mengejek. “Jangan membuat bohong kering Isabella. Sekurang-kurangnya di depan khayalak ini anda patut menahan diri dari berbohong,” kata perempuan Kristian itu. “Lihat, dalam Kitab Markus bab 16 ayat 15 ada ditulis. ”Dia berkata kepada mereka, pergilah ke seluruh dunia dan beritakan Injil kepada semua makhluk. Barang siapa yang percaya dan dibaptiskan maka dia akan selamat dan barang siapa tidak percaya, maka dia akan disiksa”. Lihat betapa jelasnya untuk mengkristiankan seluruh umat dunia.” “Anda barangkali tidak tahu,” kata Isabella. “Ada 12 ayat di dalam bab 16 ini ditambah kemudian. Injil yang awal(asal) hanya sampai ayat 8 saja. Anda jangan cuba kemukakan hujah dari Injil yang sudah dimanipulasi.”

“Bagaimana anda tahu ayat-ayat ini ditambah kemudian?” kata wanita Kristian itu agak terperanjat. “Dari penyedikan orang-orang Kristian sendiri. Setelah dibandingkan dengan naskah-naskah lama, ternyata 12 ayat di dalam bab yang terakhir kitab itu tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu.(*NOTA: di dalam edisi bahasa Urdu, Kitab Injil yang digunakan di India sekarang, ayat-ayat yang telah dimanipulasi ini dibuat secara catatan pinggir .) “Kerana kami tidak mempunyai Kitab Injil yang original, maka saya tidak dapat berkata apa-apa sebagai jawapannya.” Ujar perempuan Kristian itu. “saya akan mejawab apabila saya mendapat Injil original nanti. Tetapi apakah ajaran-ajaran Quran yang tidak terdapat di dalam Injil? Kenapa anda sampai menerima agama Islam?”

“Mengenai hal itu, saya telahpun berbincang secara terperinci dengan paderi anda. Tanyalah kepada mereka,” kata Isabella. “Bagaimana saya akan tahu apa yang anda jawab kepada paderi-paderi itu. Sekarang, cuba terangkan kepada saya apakah kelebihan-kelebihan Islam itu yang telah anda pelajari?” tanya perempuan Kristian itu.

“Apa anda fikir saya terima Islam dengan mata tertutup? Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang membuat saya jijik dengan Kristian dan menyebabkan saya mencintai Islam, ” kata Isabella. “Kenapa anda enggan mahu menyebut kelebihan-kelebihan Islam?” Perempuan itu terus mendesak. “Nyatalah agama itu tidak ada kelebihan apa-apa pun juga. Isabella! Cuba dengar baik-baik. Tidak ada sesiapa yang setaraf dengan saya di seluruh Sepanyol ini dalam ilmu pengetahuan dan jangan anda cuba fikir bahawa saya ini tidak tahu apa-apa. Bagaimanapun saya hanya mahu bertanya satu pertanyaan sahaja kepada anda yang boleh menjelaskan yang hak dan yang batil biar se-terang hari siang.

Cuba beritahu saya kualiti mana satu yang lebih tinggi: PERADILAN lebih tinggi daripada hukum rahmat ataupun HUKUM RAHMAT itu lebih tinggi daripada syahadat peradilan?” “Kedua-duanya itu tinggi dan utama pada tempatnya masing-masing dan rendah serta tidak berguna kalau bukan pada tempatnya,” Jawab Isabella. “Fahamkah anda apa yang saya maksudkan?” Perempuan Kristian itu bertanya kembali kepada Isabella. “Begini! Hukum-hukum Taurat itu peradilan kerana di dalamnya ada tersebut hukuman kepada tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan tetapi Injil adalah hukuman rahmat kerana hanya Tuhan Jesus Kristus sahaja yang dikhaskan untuk penebusan dosa. Nah, cuba terangkan apakah anda menolak hukum-hukum rahmat?”

“Saya telah katakan bahawa kedua-duanya betul pada tempatnya masing-masing. Jikalau seseorang yang berbuat salah itu diampunkan dengan andaian bahawa dia akan memperbaiki dirinya maka dia diampunkan dan rahmat akan menyusul kemudian, tetapi kalau dikhuatiri bahawa yang berbuat salah itu semakin berani melakukan kesalahan dan dia dimaafkan juga maka permaafan itu adalah satu jenayah dan ketidak-adilan kepada yang berbuat salah.”

“Nah, apakah Quran itu hukum-hukum peadilan ataupun hukum-hukum rahmat?” tanya lagi perempuan Kristian itu.

Isaballa lantas menjawab, “Menurut pendapat anda, Taurat itu hukum-hukum peradilan dan bukan hukum-hukum rahmat sementara Injil pula hukum-hukum rahmat dan bukan peradilan. Jadi kedua-duanya itu tidak berlaku pada tempat masing-masing. Kitab suci Al-Quran sebaliknya merangkumi kedua-duanya,PERADILAN dan RAHMAT telah menunjukkan jalan yang benar bagi penggunaan kedua-duanya itu.

Dalam Al-Quran, Surah 42 ayat 40 ada disebutkan kira-kira begini: ”Balasan kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya.” Inilah hukum-hukum PERADILAN dan selanjutnya ayat itu diakhiri dengan ”Barangsiapa yang memberikan maaf serta memperbaiki keadaan dirinya maka pahalanya akan diberikan Allah, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlaku zalim.” Ini ialah hukum-hukum RAHMAT,” kata Isabella.

“Di tempat lain Al-Quran iaitu di dalam surah An-Nahl ayat 126 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan jika kamu menyeksa mereka sebagai pembalasan, maka seksalah mereka seimbang dengan penyeksaan yang ditimpakan ke atas kamu”. Ini ialah PERADILAN dan ”Demi Allah sungguh jika kamu bersabar tentulah sabar itu lebih baik lagi bagi segala orang yang sabar”. Ini RAHMAT. Di tempat ketiga pula iaitu di dalam Surah AL-Baqarah ayat 280 ada disebutkan kira-kira begini.

”Dan jika didapati orang yang sempit keadaan, yakni orang yang berhutang, maka hendaklah kamu beri waktu hingga dia sanggup membayarnya”. Ini PERADILAN lagi. Tetapi ”kamu bersedekah kepada orang yang papa itu dengan jalan membebaskan mereka dari hutang, adalah lebih baik bagi kamu menunggu mereka sanggup membayarnya, jika kamu mengetahui”. Itu RAHMAT lagi. Begitulah Kitab Suci Al-Quran memberi pengertian tentang PERADILAN dan RAHMAT.”

Perempuan Kristian itu lalu menyampuk. “Quran menyuruh mengambil tindakan membalas, tetapi Injil melarang tindakan serupa itu, sebaliknya disuruh memberi kemaafan. Nah, kelebihan Injil bukankah telah terbukti dengan jelas.”

“Itu tidak membuktikan kelebihan tetapi KEKURANGAN! ,”jawab Isabella dengan segera. “Andaikata orang melakukan kejahatan dan jenayah , maka kejahatan dan jenayah akan merebak ke seluruh dunia dan keamanan serta ketenteraman akan terganggu. Kitab suci Al-Quran MEMBENARKAN penggunaan kedua-duanya sekali: PEMAAFAN dan PEMBALASAN menurut keadaan yang sepatutnya dan tidak dibenarkan sifat-sifat itu menghanyutkan manusia.”

“Ah, betapa tidak adilnya anda menolak semua perkara-perkara yang baik dari kami,” kata perempuan Kristian itu. “Tuhan kami tidak pernah berperang dengan sesiapa pun juga tetapi memaafkan musuh-musuhnya dan dengan sabar menahan penindasan mereka, sedangkan nabimu membalas dendam ke atas musuh-musuhnya serta tidak pernah memberi kemaafan kepada sesiapa pun juga. Sekali lagi membuktikan bahawa contoh dari Injil dan Tuhan kami sahaja yang boleh membawa kepada keselamatan.”

“Kesabaran, kemaafan, ketegasan, keberanian, keadilan dan lain-lain lagi itu adalah perbuatan yang diketahui oleh tiap-tiap orang” Isabella membalas, “tetapi sangat sedikit pula daripada mereka itu yang tahu akan signifikasinya yang sebenar. Sesuatu nilai tentang baik dan buruknya moral terletak kepada tempat penggunaannya yang sesuai, kalau tidak maka kesabaran dan kemaafan tidak ada erti sama sekali. Cuba perhatikan! Pengampunan dan pemaafan akan tinggi nilainya apabila pemberi maaf mempunyai kuasa untuk membalas.

Jikalau seseorang yang lemah dan tidak berdaya, tidak ada kuasa untuk membalas maka pengampunan dan kemaafannya tidak akan dapat dianggap sebagai satu jasa melainkan sebagai satu kebaculan sahaja. Nabi kami(Muhammad s.a.w) memiliki kekuasaan moral ini, sebab itu kemaafan dan pengampunan adalah terlalu tinggi nilainya. Setelah beliau menakluki Mekah, orang-orang musyrikin yang kejam telah dibawa ke hadapan baginda, tetapi baginda membebaskan kesemuanya dengan berkata: “Pergilah kamu sekalian. Kamu sekarang sudah bebas!” Kalau baginda mahu, baginda dapat mencincang-cincang mereka itu, kerana baginda sedang menunggu perintahnya saja.

Nah, sekarang cuba beritahu saya, bagaimana kedudukan nabimu waktu dia memaafkan musuh-musuhnya? Nyatalah pada waktu itu dia sangat tertekan dan tidak ada kuasa untuk membalas dendam maka apa lain yang dapat dilakukan olehnya kecuali memberi maaf? Kalau dia berkuasa dan memaafkan musuh-musuhnya maka sesungguhnya itu suatu perkara yang boleh anda banggakan.Kesabaran dalam keadaan tidak berdaya maka dia bukanlah kemaafan.”

“POOOOH!, Isabella!” Perempuan Kristian itu mendesit. “Anda panggil orang yang berlumuran darah sebagai orang yang bermoral? Dan jangan cuba memberikan apa-apa penilaian kepada orang yang tidak pernah menumpahkan darah barang setitik pun.”

“Itu salah pengertian anda, melihat sesuatu dari sudut yang keliru. Nah, saya mahu mengemukakan kepada anda tentang KEBERANIAN dan tentang anggapan anda terhadap baik atau buruknya peradilan.” Isabella terus bertanya. “Kedua-dua kualiti itu baik, siapa yang boleh membantahnya?” jawab perempuan Kristian itu. “Bagus. Nah, cuba beritahu saya, apakah keberanian dapat dilahirkan selain daripada di dalam peperangan dan peradilan dapat diwujudkan tanpa ada pemerintahan? Tidak mungkin! Maka kedua-dua kesempatan ini telah dianugerahkan oleh Allah kepada nabi kami, yakni dia melakukan peperangan terhadap orang-orang musyrikin dan juga mempunyai kekuasaan untuk memerintah. Dalam peperangan dia telah memperlihatkan peradilan. Bolehkah anda memperlihatkan kedua-dua kelebihan ini pada Tuhan anda?”

“Anda fikir peperangan itu satu kelebihan yang besar?” Tuhan kami membawa seruan perdamaian dankeamanan dan bukan peperangan.” jawab perempuan Kristian itu.

“Tetapi pada nabi kami kedua-dua kualiti ini ada. Di satu pihak dia adalah RAHMAT kepada dunia, baik hati dan pemaaf dan di pihak yang lain seorang PEJUANG dalam peperangan di jalan Allah. Jadi, dia menjadi contoh dan teladan yang baik dalam berbagai-bagai aspek hidup,” kata Isabella.

“Betapa jeleknya percakapan anda, Isabella,” ujar perempuan Kristian itu. “Bolehkah anda membuat bandingan antara seorang yang suka berperang dengan seorang yang membawa kedamaian?” “Kalau menerangi musuh dan menindas perbuatan jahat merupakan satu jenayah maka bagaimana pula pendapat anda terhadap Nabi Musa yang seluruh kehidupannya dihabiskan dengan memerangi musuh-musuhnya yang disaksikan dalam Kitab Perjanjian Lama? Benarkah Jesus Kristus seorang nabi perdamaian dan keamanan dan dia selama hidupnya tak pernah berperang? Tetapi nabi kami ialah Pesuruh Kemuliaan dan Pembawa Rahmat. Kalau baginda di satu pihak berperang melawan musuh-musuhnya seperti Musa, maka di pihak lain seperti Kristus, baginda membawa perdamaian dan keamanan kepada dunia. Maka baginda merupakan contoh yang paling sempurna dari kedua-dua Nabi Musa dan Jesus,” kata Isabella.

“Nampaknya anda kini sudah terlalu bijak. Tetapi saya tidak akan membiarkan sehingga anda saya kalahkan,” ujar perempuan Kristian itu. “Saya akan bercakap kepada anda dengan sejelas-jelasnya supaya semua wanita yang hadir di sini dapat mengikutinya dengan saksama, dua kali dua empat. Fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya sesudah anda membuat bandingan Quran dengan Injil nanti barulah kebenaran menjadi nyata kepada anda.”

“Saya akan jawab soalan anda sejelas mungkin. Nah, sila kemukakan,” kata Isabella. “Perbahasan ini tidak akan ada ertinya kalau kerasulan nabimu tidak dapat dibuktikan.” Perempuan Kristian itu mencabar Isabella. “Pertama buktikan kebenaran kerasulan Muhammad kemudian barulah perbahasan ini kita teruskan.” “Apakah dia ujian-ujian pembuktian kerasulan itu menurut ukuran anda?” tanya Isabella. “Kalau anda dapat membuktikan dua perkara tentang Muhammad, maka Islam benar, kalau tidak ia adalah palsu,” kata perempuan Kristian itu. “Kerana bagi tiap-tiap nabi dua perkara ini adalah penting. Pertama nabi-nabi yang terdahulu telah memberitahu lebih awal tentang kedatangannya dan kedua dia ada melakukan mukjizat.”

“Apakah Adam itu seorang nabi menurut pendapat anda?” tanya Isabella. “Mengapa pula tidak?” jawab perempuan Kristian itu. “Apakah ada nabi-nabi yang terdahulu yang telah memberitahu tentang kedatangannya?” “Jadi kriteria anda tentang benar atau palsunya seorang nabi itu nyatalah salah dan
nakal. Kalau seseorang nabi mesti diberitahu lebih dulu oleh nabi yang lain akan kedatangannya maka Adam terpaksa dikeluarkan dari mukjizat melebihi Jesus sendiri,” kata Isabella.

” Anda nampaknya tidak menyetujui apa saja pendapat saya. Baiklah, bolehkah anda membuktikan kerasulan nabi anda?” Jawab perempuan Kristian itu dengan nada yang agak marah.

“Soalan yang serupa pula yang hendak saya kemukakan kepada anda. Atas dasar apa seseorang Kristian itu percaya kepada Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Yaakub, Yusuf, Yahya, Nuh, Ibrahim? Cuba, biar saya dengar hujah-hujahnya dan atas dasar yang sama pula insya-Allah, kerasulan Nabi akhir zaman akan saya buktikan dengan sejelas-jelasnya sehingga tidak ada sebab lagi bagi anda untuk menolaknya,” ujar Isabella.

“Kami menerima semua nabi mengikut peranan yang mereka lakukan,” jawab perempuan Kristian itu ringkas.

“Peranan apa?” tanya Isabella cepat. “Cubalah perincikan supaya tidak susah kita menetapkan dasar perbahasan kita ini.” Perempuan Kristian itu termenung sejurus sebelum menjawab, seolah-olah berfikir. Dia menundukkan kepalanya sehingga menimbulkan kegusaran kepada penyokong-penyokongnya yang hadir. Mereka khuatir kalau-kalau dia tidak dapat menjawab dan perbuatannya itu akan menjadi punca kehinaan serta kehilangan kepada orang-orang Kristian seluruhnya. Dia kemudian memanggungkan kepalanya dan memandang Isabella dengan pandangan yang kosong.

“Kami tidak tahu tentang nabi-nabi yang lain. Kami hanya menaruh perhatian kepada Tuhan Jesus Kristus kami saja. Melaluinya kami percayakan nabi-nabi yang lain itu.” Mendengar itu, Isabella dengan cepat mendesak. “Kalau begitu kemukakanlah kriteria kebenaran Tuhan anda dan dengan kriteria yang serupa pula Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam akan dibuktian.”

“Bukti yang besar dari kenabian Tuhan kami ialah dia telah menghidupkan orang yang sudah mati, memberi celik kepada orang yang buta, menyembuhkan penyakit kusta dan menyelamatkan orang yang dirasuk syaitan,” kata perempuan Kristian itu.

“Apakah bukti bahawa Tuhanmu telah melakukan semua itu? Mana dia orang yang telah dihidupkan Jesus Kristus itu? Mana dia orang buta yang telah dicelikkan oleh Tuhanmu itu? Sebagai tentangan daripada semuanya itu saya mengemukakan kepada anda mukjizat nabi yang kami kasihi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang sampai hari ini masih kekal tidak berubah seperti pada zamannya juga dan akan terus kekal sampai hari kiamat.

Itulah MUKJIZAT SUCI KITAB AL-QURAN yang mencabar seluruh dunia, andaikata iaitu rekaan dari nabi kami, maka cuba buatkan karya yang serupa dengannya. Buatlah kira-kira sepuluh ayat atau beberapa ayat sahaja atau satu ayat yang sama tetapi sampai saat ini tidak seorang pun baik Kristian atau Yahudi atau penyembah berhala atau tuknag sihir atau Saebiin yang berani menyahut cabaran itu. Inilah mukjizat yang hidup yang telah melumpuhkan seluruh dunia sampai ke Hari Pembalasan. Mukjizat nabi-nabi lain kalau dibandingkan dengan mukjizat ini adalah fana, yang bersifat semasa dan hilang lesap begitu saja seperti asap tanpa ada bukti kecuali cerita-cerita yang didongengkan.”

“Anda telah mulai bercakap tentang perkara-perkara yang tidak relevan lagi. Bolehkah kitab Quran yang serupa itu dianggap mukjizat, yang membenarkan BERKAHWIN EMPAT ? Dengar sini! Tuhan kami telah
mengatakan bahawa ia adalah jalan kebenaran dan kehidupan dan tanpa dia tidak sesiapa pun yang boleh sampai kepada Tuhan Bapa.” “Kitab suci Al-Quran tidak pernah menganjurkan kahwin sampai empat. Ia memberi KELULUSAN untuk melakukannya dengan syarat-syarat tertentu. Tetapi jikalau kahwin banyak itu anda anggap sebagai satu jenayah maka bagaimana keadaannya dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman? Menurut Kitab Perjanjian Lama, mereka mempunyai beratus isteri. Tentang pengakuan Tuhan anda bahawa iaitu jalan kebenaran dan kehidupan, betapa pula hal itu boleh menjadi satu percanggahan dengan Al-Quran? Tiap-tiap nabi yang diutuskan ke dunia ini membawa jalan kebenaran dan kehidupan.

Tuhan anda mengatakan dia adalah jalan kebenaran dan kehidupan tetapi Al-Quran mengatakan tentang nabi kami bahawa dia itu bukan sahaja di jalan yang benar tetapi juga menunjukkan jalan kebenaran kepada orang-orang lain. Dalam Kitab Suci Al-Quran Surah Asy-Syura ayat 52 ada disebutkan kira-kira begini: ”Dan sesungguhnya, engkau benar-benar memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus”. Kitab Suci Al-Quran mengatakan bahawa Nabi kami bukan sahaja dia itu menjadi kehidupan tatapi juga ia datang untuk membawa rahmat kepada dunia ini.

Dalam surah Al-Anfal ayat 24 ada disebutkan yang maksudnya ialah: ”wahai segala mereka yang telah beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasulnya apabila dia (Rasul) menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah menjadi pendinding antara seseorang manusia dengan hatinya dan bahawasanya kepada Allah kamu dikembalikan”. Maka bukti dari ayat ini ialah Nabi Muhammad sallallaalaihi wassalam telah mengislamkan orang-orang yang biadap, yang keji, penindas, bodoh, pencuri, pembunuh, penzina dan penyembah berhala menjadi mereka itu penyembah Allah yang taat dan beratus ribu sahabat berduyun-duyun mengikut seruannya. Baginda telah memberikan kehidupan kepada orang-orang Arab dalam masa hayat baginda. Sebagai bandingannya Tuhan anda hanya dapat membentuk dua belas orang pengikut saja sepanjang hayatnya dan malah kepada mereka itu juga dia tidak memberikan seluruh kepercayaannya kerana seperti yang dikatakan oleh Kristus sendiri kepada mereka itu, sebahagian daripadanya tidak jujur.”

“Anda bercakap terlalu banyak,” kata perempuan Kristian itu. “Tetapi sebegitu jauh anda belum dapat membuktikan mukjizat yang telah dilakukan kepada nabi anda.” “Nasihat saya kepada anda,” kata Isabella pula. “Ialah supaya anda meninggalkan percakapan-percakapan logik anda itu tetapi cuba meyakinkan saya dengan mukjizat anda. Khabarnya mukjizat anda telah terkenal jauh dan dekat dan orang-orang datang meminta restu daripada anda. Anda tidak layak bercakap perkara-perkara yang logik.” “Anda belum lagi layak untuk menyaksikan mukjizat saya,” jawab perempuan Kristian itu. Isabella tidak berkata apa-apa lagi sesudah mendengar jawapan itu dan semua yang hadir menjadi terperanjat yang amat sangat mendengarnya.

Perempuan-perempuan Kristian menundukkan kepala mereka dengan rasa malu sementara orang-orang Islam mengucap syukur kepada Allah dengan hati yang gembira. Perempuan Kristian itu diam kaku, tidak tahu apa yang mahu diucapkannya lagi. Isabella yang memerhatikan keadannya itu berkata: “Barangkali anda letih sekarang. Marilah kita hentikan dulu perbahasan ini sampai besok pula. Nah, sekarang beritahu saya pukul berapa anda dapat datang.” “Saya tidak akan bangun,” jawab perempuan Kristian itu. “Selagi kita tidak dapat memutuskan tentang kebenaran dan kebatilan. Barangkali juga anda yang letih.”

“Bagi saya anda bebas untuk meneruskan perbincangan ini tanpa sebarang halangan sehingga yang benar dan yang batal dapat dipastikan dan ditetapkan. Apa yang saya maksudkan ialah keselesaan anda saja, tidak lain,” jawab Isabella.

“Saya sebenarnya sudah bertekad mahu meneruskan perbincangan ini sampai selesai,” kata perempuan Kristian itu mahu menunjukkan keras hatinya. “Nah, sekarang cuba katakan apa perlu laginya Islam setelah agama Kristian tersebar luas dan menyeluruh?” “Jikalau Islam tidak datang,” jawab Isabella. “Kebenaran tidak akan dapat lahir ke dalam dunia ini. Islamlah yang telah menghidupkan kembali ajaran nabi-nabi yang terdahulu. Islam mengajar manusia tentang ketaatan dan kesucian. Saya akan huraikan kepada anda secara kasar beberapa sebab mengapa Islam diperlukan.

1.   Islam dengan kedatangannya telah MENYEMPURNAKAN agama yang terdahulu, kerana pengajaran kitab-kitab wahyu yang diturunkan sebelumnya hanya sesuai untuk masa itu saja dan tidak mempunyai tarikan sejagat (universal). Kitab Suci Al-Quran telah mengisi jurang itu.
2.   Ajaran yang sebenarnya dari nabi-nabi terdahulu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya dan Al-Quran MEMBERSIHKAN PENYELEWENGAN tersebut. Sebagai contoh orang-orang Kristian yang telah menganggap Jesus Kristus sebagai Tuhan dan membina struktur yang bobrok dengan mengadakan sekutu kepada Allah, ialah yang mula-mula sekali diruntuhkan oleh Islam. Agama Islam membawa sinar matahari ketauhidan Allah dan menyembah zat kebesaran Allah dan kekuasannNya yang tulen kepada dunia.
3.   Ahlul kitab telah mengadakan berbagai macam tuduhan yang memalukan kepada nabi-nabi, mengatakan setengah daripada mereka itu pendusta, penipu dan penzina dan dengan demikian mencap nabi-nabi itu sebagai berdosa. Islam dengan keras MENOLAK, MEMBANTAH, MENAFIKAN tuduhan-tuduhan tersebut dan meletakkan kembali kemuliaan dan kehormatan yang sebenar kepada nabi-nabi itu.
4.   Ahlul kitab dengan membuat interpretasi kitab-kitab suci mereka telah memanipulasi kitab-kitab itu sehingga pengikut-pengikutnya percaya bahawa kitab-kitab wahyu asli telah hilang. Kitab Suci Al-Quran MEMDEDAHKAN PERBUATAN JAHAT mereka, penipuan mereka, dan mengemukakan semua ajaran yang sebenar dan tulen dari kitab-kitab yang terdahulu itu, sehingga kita tidak perlukan kitab-kitab lain lagi kerana Kitab Suci Al-Quran mencakupi semua kitab yang telah diwahyukan kepada nabi-nabi yang terdahulu.
5.   Oleh sebab nabi-nabi yang terdahulu dan kitab-kitab yang dibawanya hanya khusus kepada masa yang tertentu dan khusus kepada umat yang tertentu sahaja maka ia tidak mengandungi hukum-hukum yang meliputi semua aspek yang diperlukan oleh manusia di dalam kehidupan dunia bagi sepanjang zaman maka Kitab Suci Al-Quran telah MENGISI KEKESOANGAN jurang itu dan setelah MENYEMPURNAKAN tatasusila agama yang dilaungkan maka keperluan semua umat manusia disediakan dengan sebaik-baiknya bagi kegunaan seluruh manusia sehingga Hari Kiamat.
“Nah! Sudah sedarkah anda kenapa Islam didatangkan ke dunia ini?” Setelah termenung sejurus lamanya kerana terpesona dengan hujah-hujah yang dikemukan oleh Isabella, perempuan Kristian itu lalu menjawab. “Semua itu hanyalah dakwaan-dakwaan tanpa hujah-hujah yang sahih. Anda tidak sedikit pun menyebut tentang mukjizat nabi anda dan juga tidak ada pembuktian kenabiannya. Kerana persoalan ajarannnya itu datang sesudah masalah ini dihuraikan.”

“Anda menanyakan kepada saya apa perlunya kedatangan Islam dan saya secara kasar menyebutkan keperluan-keperluan itu,” jawab Isabella. “Sekarang terserah kepada anda pula untuk membantah hujah-hujah itu.Saya telah berikan kepada anda bukti mukjizat yang dapat dilihat oleh seluruh dunia sekarang ini, iaitu Kitab Suci Al-Quran dan cabaran-cabarannya. Jikalau ada orang yang mengatakan bahawa Kitab Suci Al-Quran itu bukan wahyu daripada Allah, dia haruslah bawakan ke mari satu ayat saja untuk dibandingkan dengannya. Tetapi itulah persoalannya tidak ada sesiapa pun yang telah melakukannya untuk menyokong cabarannya itu. Berdasarkan fakta itu maka jelaslah tanpa ada cabaran apa pun juga bahawa Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam adalah Nabi dan Rasulullah. Kerana tidak ada sesiapa lain lagi sesudahnya. Selain daripada itu bukti yang lain ialah sesudah mencapai darjat kenabian, Nabi sallallah alaihi wassalam telah membentuk masyarakat sesuai dengan intruksi Kitab Suci Al-Quran dan dalam masa hayatnyaseluruh jazirah Arab tunduk di bawah Islam. Nah, adakah contoh serupa ini dapat diperoleh dari nabi-nabi palsu? Saya fikir tidak ada contoh yang boleh dibuat untuk menunjukkan bahawa seseorang yang palsu di dunia ini boleh melakukan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam itu.”

“Apa saja yang anda katakan, nabi anda itu tidak layak untuk diikut. Bagaimana boleh seseorang yang telah menumpahkan darah sepanjang hayatnya dan berkahwin dengan beberapa orang perempuan menjadi seorang reformer? Lihat pada ketaatan Tuhan kami bahawa dia tidak pernah kahwin sepanjang hidupnya,” kata perempuan Kristian itu.

“Kerana telah diakui Tuhan anda itu sebagai Tuhan Anak maka dia tidakperlu kahwin, jawab Isabella. “Tetapi sebaliknya nabi kami,Muhammad sallalla alaihi wassalam ialah manusia biasa seperti manusia lain juga, maka dia merasakan desakan tabii kepada perkahwinan. Saya khuatir, anda tidak akan dapat menamakan nabi-nabi lain selain daripada Tuhan anda yang meskipun manusia tetapi tidak kahwin.” “Manusia yang sempurna ialah orang yang dapat dibezakan daripada yang lain,” kata perempuan Kristian itu.

“Kenapa kini mahu bercakap tentang manusia sempurna, puan? Anda telah mengakui bahawa Tuhan anda itu Tuhan Anak!” Isabella menempelak. “Kenapa pula tidak? Dia makan, dia minum bukan sebagai keadaannya Tuhan tetapi sebagai manusia,” jawab perempuan Kristian itu tanpa menyedari perangkap yang disediakan oleh Isabella. “Kalau begitu bagaimana akan dibezakan Tuhan anda itu? Dan bagaimana pula definasi manusia yang sempurna?”

“Manusia yang sempurna ialah seseorang yang untuk mengikutinya tidak akan dapat apa-apa kesukaran,” jawab perempuan Kristian itu. “Nah, di sini saya bersetuju secara total dengan anda. Saya fikir kini anda telah sampai kepada satu kriteria yang boleh diterima,” kata Isabella. “Anda telah mengatakan bahawa manusia yang sempurna ialah orang yang boleh diikuti dalam berbagai-bagai aspek kehidupan yang biasa. Persoalannya timbul bahawa orang-orang Kristian telah menjalani kehidupan yang biasa dan menikmati kehidupan berumahtangga. Mereka mempunyai suami atau isteri dan anak-anak. Nah, bagaimana caranya mereka itu boleh mengikut Kristus di dalam kehidupan rumahtangganya? Kerana Tuhan anda tidak kahwin dan dia tidak ada berkata apa pun juga dalam perkara ini. Persoalan yang sama timbul, orang-orang Kristian melakukan Perang Salib ke atas orang-orang Islam dan lain-lain bangsa bukan Kristian, kriteria mana pula yang anda ikut dalam kehidupan Tuhan anda itu?” “Tuhan kami tidak pernah berperang dalam peperangan apa pun dan tidak kahwin. Jadi persoalan ini tidak timbul,” jawab perempuan Kristian itu agak gugup.

“Meskipun Tuhan anda tidak pernah berperang dengan sesiapa pun atau berkahwin namun pengikut-pengikutnya iaitu orang-orang Kristian telah melakukan Perang Salib dan menjalani kehidupan berkeluarga. Sedangkan manusia sempurna menurut ukuran anda itu tidak menepati yang contoh standard bagi pengikut-pengikutnya dalam kedua-dua aspek keduniaan ini yang menjadi aspek penting dalam kehidupan manusia. Jadi, di mana letaknya perbezaan yang anda berikan kepada manusia sempurna dalam amali kehidupan orang-orang Kristian?” tanya Isabella.

Setelah diam sejurus lamanya, perempuan Kristian itu lalu berkata: “Tuhan kami adalah contoh kehidupan rohaniah. Apa ada hubungannya dengan kehidupan fizikal?”

“Saya bersetuju bahawa Jesus Kristus itu diambil sebagai model kehidupan rohaniah yang cukup tinggi. Tetapi jangan anda lupa bahawa aspek rohani dan jasmani tidak boleh dipisahkan di dalam kehidupan manusia, tidak saja pada penyatuan keduanya tetapi bahagian yang terbesar daripada kedua itu dituntut oleh kehidupan jasmaniah. Kerana itu orang-orang Kristian terpaksa mencari seseorang lain sebagai model.

Ini diikuti dengan logik bahawa Tuhan anda juga berkehendak kepada masalah yang utama ini. Tida syak sedikit pun bahawa kehidupan Nabi Musa ialah kehidupan terhormat, sementara kehidupan Jesus Kristus pula kehidupan anggunan tatapi kehidupan nabi kami yang terakhir, Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam ialah kehidupan kesempurnaan. Kehidupannya dipenuhi dengan ibadat, salih dan sufi dan sebagai manusia dia menjadi contoh manusia dunia, seorang pedagang dan malah sebagai seorang raja juga. Nabi akhir zaman Muhammad sallallah alaihi wassalam menggembalai kambing pada masa kecilnya, agak besar sikit dia berulang-alik ke Gua Hira dan beribadat di sana. Dia berdagang sampai di Syria, kemudian kahwin dengan Siti Khadijah. Baginda lalu berdakwah dari atas Bukit Faran dan di jalan-jalan di Mekah, lalu ke Thaif, hidup dalam kumpulan suku Hijaz dan mengalami kesulitan dari musuh-musuhnya dan para penentangnya, menyantuni orang-orang yang sedang lapar, mengasuh anak-anak yatimdan janda-janda di dalam masyarakat. Kemudian berhijrah dari Mekah ke Madinah, mengadakan perjanjian antarabangsa dengan orang-orang Yahudi di Madinah, membina masjid, menyelesaikan perselisihan faham antara suku kaum, memimpin solat, memberi ceramah di berbagai-bagai tempat, melatuh tentera dan mengatur siasat tentera di dalam peperangan Badardan Uhud dan memimpin tentera sebagai panglima tertinggi dan telah memperlihatkan kebolehannnya di dalam siasat peperangan. Baginda mengadakan solat yang lama pada waktu malam sehingga kakinya bengkak-bengkak. Jadi daripada semua kenyataan ini cara,jalan dan model yang diperlukan di dalam kehidupan dunia terdapat pada diri baginda yang mulia, Nabi Muhammad saw. sebagai penggembala kambing juga sebagai seorang pedagang yang besar sama-sama dapat dijadikan contoh, juga sebagai pendakwah, pengembara dan penghijrah baginda boleh dijadikan modelnya.

Bagi seorang yang taat kepada Allah yang bersara dari tugas, baginda menjadi petunjuk yang baik dan menjadi contoh bagi manusia duniawi dalam kehidupan berumahtangga. Ajarannya memberikan satu peraturan yang sempurna dalam kehidupan internasional juga bagi penduduk rimba. Bimbingannya merupakan cahaya.

Perencanaan siasatnya menjadi petunjuk di medanpeperangan dan baginda menjadi contoh kepada masyarakat dalam kehidupan di masa damai. Pendek kata tidak ada contoh lain yang dapat mengatasi kehidupan yang sempurna Nabi kami Muhammad sallallah alaihi wassalam di dalam rumahtangga, berdakwah, perniagaan, kepimpinan, memberi nasihat dan mengimami solat, dalam hidup bersara, mengatur peperangan, menyusun undang-undang, memerintah sebagai raja, baik dalam masa gembira mahupun dalam masa berkabung, perkahwinan dan penceraian, hidup dan mati, mengajar dan mendidik anak-anak dan apa sajatugas yang dihadapi oleh manusia di dalam kehidupan yang beradab. Begitulah dalam kehidupan yang sempurna dan juga di dalam keperluan kehidupan yang menggundahkanterdapat di dalam kehidupan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam dan tidak terdapat di dalam kehidupan Nabi Musa dan Nabi Isa. Jadi dari sudut keadilan, dan kejujuran maka kita harus mengakui bahawa dalam diri Nabi akhir zaman, Muhammad sallallah alaihi wassalam terhimpun semua tatasusila rohaniah dan jasmaniah kehidupan manusia yang agung dan anggun. Sesiapa saja manusia di dunia ini yang ingin mencari kebajikan dunia dan akhirat maka tidak ada jalan yang lain selain daripada mencari perlindungan di bawah bayang-bayangan Nabi Muhammad sallallah alaihi wassalam yang luas, pengasih, pemurah dan budi pekerti yang tinggi dan adab sopan yang mulia.”

Seluruh hadirin di dalam perhimpunan itu diam tidak bergerak, terpesona dengan hujah-hujah yang dikeluarkan oleh Isabella yang lancar dan teratur malah perempuan Kristian itu juga yang menagku boleh melakukan mukjizat terpukau seperti orang tidak sedarkan diri. Apabila Isabella mendapati perempuan Kristian itu sudah TERPUKUL dengan penuh kehinaan dan dalam keadaan dukacita yang amat sangat, dia pun meminta maaf mengucapkan selamat tinggal lalu meninggalkan tempat itu.

Menurut laporan yang diberikan oleh Abu Haffiz, anak muda terpelajar yang ikut menyaksikan perbahasan itu, kesan daripada hujah-hujah yang disampaikan oleh Isabella, sebahagian besar dari wanita Kristian yang mengikuti perbahasan tersebut dengan rela hati telah menerima Islam dan beberapa tahun kemudian perempuan Kristian itu pun juga beriman dengan keesaan Allah dan diislamkan oleh Isabella sendiri. Tetapi hal ini tidak berlaku sekaligus, ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya bagi jiwa yang mahu dipimpin untuk datang kepada bayangan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Sepanjang hayatnya Isabella terus menyembahkan baktinya kepada keagungan Islam. Di satu pihak dia menutup mulut orang-orang Kristian dan di pihak yang lain pula dia mencurahkan ilmu pengetahuannya ke dalam lautan dunia pembelajaran, Ilmu Hadith dan pentafsiran Kitab Suci Al-Quran. Beratus ribu cendekiawan Islam telah mendapat faedah daripada ilmunya. Isabella telah hidup mencapai usia delapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai, diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol dan berjuta-juta orang telah mengiringi jenazahnya ke tempat persemadiannya yang terakhir. Orang-orang di tempat yang jauh ada yang melakukan solat ghaib untuk arwahnya dan memanjatkan doa ke hadrat Allah subhanahu wa taala agar rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.

Sebagai penutup kisah ini, kita juga dengan menundukkan kepala memberi hormat dan membaca Al-Fatihah untuk saudara Islam kita yang agung ini dan mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala menerima amal ibadatnya dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang di kasihi-Nya. Amin.

Firman Allaw swt. dalam Surah Al-Baqarah ayat 146:
”Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya.”

-TAMAT-

Isabella : Percanggahan Fakta/Ayat Dalam Bible [BAB 8]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Setelah lima hari berada bersama-sama Ziad bin Umar dan para cendekiawan Islam, Isabella dan kawan-kawannya semakin mendalami pengetahuan mereka tentang agama Islam.

“Tuan yang dihormati.” Umar Lahmi mencelah. “Kawan-kawan Isabella meminta supaya mereka diislamkan secara rasmi dan diajar hukum-hukum Islam.” “Kemudian Ziad memandang kepada kawan-kawan Isabella sraya berkata, ” Jadi inilah kawan-kawanmu itu?” “Ya tuan,” jawab Isabella berpaling memandang kawan-kawannya yang duduk terpaku, takjub dengan perhimpunan yang dirasakannya amat berlainan sekali dengan perhimpunan alim ulama agama mereka(Kristian). “Itu Mirano anak guru saya, Micheal. Yang satu lagi Martha, Catherine dan Hanana.”

Umar Lahmi lalu mendekati kawan-kawan Isabella sambil berkata” Mirano, Martha, Catherine dan Hanana. Apakah kalian masih ragu-ragu tentang dasar kepercayaan Islam?” Mirano bersuara, “Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang beberapa perkara,” katanya. “Baiklah,” kata Ziad. ” Kami tidak keberatan untuk memberi penjelasan. Memang benar, inilah caranya setelah mendapat penjelasan yang memuaskan hati, barulah baik menerima agama ini. Nah, tanyalah dan saya wakilkan Umar untuk menjawabnya.”

Mirano tersenyum lebar. Dia kemudian berkata, “Tuan yang saya hormati. Mula-mula sekali kami ingin diislamkan dahulu. Setelah itu barulah saya akan bertanya satu atau dua masalah. Barang dijauhkan Tuhan! Saya sedikitpun tidak ragu tentang Islam.” Keempat-empat anak gadis itu pun diislamkan secara rasmi, mengucapkan dua kalimah syahadat, mengucapkan mengakui dengan setelus hati akan keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Semua yang hadir menadah tangankan tangan memanjat doa kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa. Mereka lalu menutup kepala masing-masing dengan kain selendang yang memeang sudah dibawa dari awal.

Mirano kemudian mengemukan pertanyaannya. “Menurut orang-orang Kristian, Kitab Taurat itu ialah HUKUM, dan Injil merupakan PENYEMPURNAAN hukum-hukum itu. Jadi apabila telah ada hukum dan penyempurnaan, maka kita tidak perlu lagi ada perkara-perkara yang lain termasuk juga Kitab Suci Al-Quran. Al-Quran tidak perlu lagi kerana ia telah membenarkan Taurat dan Injil maka sesuatu bantahan menjadi semakin beralasan.”

“Dakwaan itu mesti dibuktikan dengan hujah-hujah.” ujar Umar Lahmi. “Tetapi dengan hanya mengangap bahawa Taurat itu hukum dan Injil itu penyempurnaannya, maka sebagai lawannya, Kitab Suci Al-Quran ialah PEMBENARAN. Pembenaran yang mencakupi kedua-duanya sekali, iaitu HUKUM dan KESEMPURNAAN. Pembenaran itu telah disebutkan di dalam Al_Quran, surah Al-Ma”iadah ayat 48, yang maksudnya kira-kira begini: ” Dan kami telah turunkan Al-Quran kepada engkau dengan benar bahawa dia daripada Allah, sedang dia pula membenarkan Kitab-kitab Ketuhanan-yang terdahulu daripadanya serta menguasainya”. Tetapi, ” kata Umar lagi. “Injil itu sendiri tidak pernak menggunakan perkataan kesempurnaan. Dengan demikian, Kitab Suci Al-Quran telah terbukti mencakupi kedua-duanya, hukum dan kesempurnaan.”

“Taurat dan Injil ada disebutkan di dalam Al-Quran dan sudah satu kemestian bagi orang-orang Islam untuk menerimanya,” kata Mirano. “Kemudian kenapa orang-orang Islam tidak mempercayainya?” “Kerana orang-orang Kristian tidak mempunyai Taurat dan Injil yang tulen,” jawab Umar Lahmi. “Jikalau Taurat dan Injil tidak wujud, kenapa pula Al-Quran mengakuinya?” tanya Mirano lagi. “Al-Quran mengakui: Taurat dan Injil ASLI, bukan yang dipalsukan dan yang dibuat-buat,” jawab Umar.

“Kata orang-orang Kristian, Taurat dan Injil mereka yang ada sekarang itulah yang diakui oleh Al-Quran,” kata Miranao.

“Baiklah!” kata Umar sebagai menjawab kata-kata Miranpo itu. “Saya akan bertanya kepada Kitab Suci Al-Quran apakah ia menyetujui kitab Taurat dan Injil yang wujud sekarang ini ataupun menganggapnya palsu. Al-Quran berkata menurut Surah Al-Ahqaf ayat 33, kira-kira sebagai berikut: ”Bahawasanya Allah telah menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pernah lemah”. Tetapi di dalam Taurat Kitab Kejadian 2:2-3 ada dikatakan bahawa ”menjelang hari ketujuh Tuhan telah menyelesaikan apa yang sedang dilakukan dan berhenti bekerja. Dia memberkati hari ketujuh dan telah memperuntukkannya sebagai hari yang istimewa kerana pada hari itu dia telah meyempurnakan penciptaannya dan berhenti bekerja.” BERHENTI BEKERJA,” kata Umar Lahmi, “bererti berehat dan bila seseorang itu berehat dari kerja bererti dia penat. Jadi, dari yang disebutkan oleh Taurat itu ternyatalah bahawa Tuhan itu berasa PENAT. Kitab Suci Al-Quran berkata Allah tidak pernah penat. Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak kenyataan itu? Taurat mengatakan Nabi Sulaiman menyembah berhala tetapi Al-Quran menyangkal dakwaan itu. Nabi Sulaiman tidak akan melakukan perbuatan orang-orang kafir.

Nah, apakah Al-Quran menyetujui atau menolak Taurat? Sekarang cuba ambil kitab Injil, keempat-empat kitab itu ada mengatakan tentang Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mati sambil menangis di atas salib, bahawa dia benar-banar telah disalibkan tetapi Kitab Suci Al-Quran menafikan bahawa Jesus dibunuh oleh orang-orang Yahudi dan tidak pula disalibkan. Kemudian Injil mengatakan Jesus Kristus, (barang dilindungi Allah), mengaku menjadi Tuhan, Al-Quran dalam surah Al-Ma”idah ayat 72 ada mengatakan kira-kira begini: ” Demi Allah telah kafir segala mereka yang berkata: Sesungguhnya Allah, itulah Al-Masih anak Mariam, sedangkan Al_Masih berkata: Hai Bani Israil, sembahlah olehmu akan Allah, Tuhanku dan Tuhanmu. Sesungguhnya siapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya Allah mengharamkan atasnya syurga dan tempat kembalinya adalah neraka dan sekali-kali penzalim-penzalim itu tiada mendapat penolong”. Nah, sekarang dipersilakan siapa saja paderi Kristian tampil mengatakan secara jujur dan adil, apak! ah kitab Suci Al-Quran itu mengakui atau menolak Injil ?” Mirano dengan gembira terus menjawab. “Tidak syak lagi bahawa dengan bukti-bukti itu Kitab Suci Al-Quran tidak mengakui Taurat dan Injil yang ada sekarang tetapi telah menolaknya.”

“Sekarang, ” kata Umar Lahmi. ” saya akan memberikan satu PRINSIP UMUM daripada Kitab Suci Al-Quran dan dengan prinsip itu, buku apa saja boleh diuji, seolah-olah Kitab Suci Al-Quran itu sebagai batu ujian yang dengannya kita boleh menguji semua kitab yang lain. Dalam Al-Quran Surah An-Nisa” ayat 82 ada disebutkan: ”Maka mengapakah mereka tidak memerhatikan dan memikirkan, tujuan-tujuan dan maksud-maksud Al-Quran? Sekiranya Al-Quran itu dari sisi selain daripada Allah seperti yang mereka katakan, tentulah mereka dapati padanya perselisihan yang banyak”. Ayat Kitab Suci Al-Quran itu jelas menegaskan bahawa kecuali kitab Allah, maka tidak ada kitab lain yang bebas daripada PERTENTANGAN (contradiction), kerana manusia tidak kalis daripada kesilapan dan kekeliruan dan walaubagaimanapun kepekaan seseorang itu dalam menulis sesebuah buku namun kesalahan dan kekeliruan tetap tidak dapat dielakkan. Dan buku yang ada kesalahan sudah tentu bukannya dari Allah, kalau tidak, (barang dilindungi Allah), Allah akan dikatakan pelupa dan pembohong. Nah, bolehkah sesiapa menolak prinsip ini?”

“Prinsip itu cukup wajar dan adil ,” jawab Mirano. “Sudah tentu kitab yang ada pertentangan di dalamnya tidak boleh datang dfari Tuhan Yang Sempurna. Tetapi apakah ada pertentangan di dalam Taurat dan Injil?” “Banyak sekali pertentangannya,” jawab Umar Lahmi. “Kerana terlalu banyak sangat pertentangannya, maka para pembacanya menjadi bingung. Sekarang mari saya cuba prinsip-prinsip tadi, saudara akan melihat kenyataannya. Nah, berapa umur saudari Mirano, cuba beritahu saya?” Mirano teragak-agak sebentar. “Antara 21 atau 22, katakanlah saja 22,” jawab Mirano kemudian. “Bagus! Kalau saudara katakan umur saudari 22 dan satu jam kemudian 42, apakah kedua-dua keterangan itu betul?” “Bagaimana boleh kedua-duanya betul? Kalau saya katakan umur saya 42 tentu kenyataan itu salah! Bolehkah kedua-dua itu dikatakan benar?” Mirano agak kebingungan sedikit dengan kata-kata Umar itu.

“Nah, sekarang cuba lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Tawarikh 22:2-3. Di mana disebutkan bahawa ketika Ahaziah ditabalkan menjadi raja menggantikan bapanya, dia baru berusia 42 tahun. Tetapi di dalam Kitab Perjanjian Lama 2 Raja-raja 8:25 ada disebutkan bahawa waktu Ahaziah menjadi raja umurnya sudah 22 tahun! Bolehkah kedua-dua keterangan ini diterima sebagai benar?”

“Tidak!” jawab Mirano selepas menyemak kitab Injil yang dibawanya. “Satu saja daripada kedua-dua keterangan itu yang benar dan yang satu lagi tentu salah.” “Masalahnya,” kata Umar lagi. “Mana satu satu di anatara keterangan itu yang benar tidak dapat dipastikan dan dengan demikian kedua-dua kitab dari Injil itu menimbulkan keraguan. Tanda keraguan telah dibubuhkan ke atas kedua-duanya. Dan cuba kita selidiki lebih lanjut. Dalam Al-Kitab pada Injil Samuel 24:9 ada dituliskan bahawa Yoab memberitahukan kepada raja hasil pendaftaran rakyat, Israel ada LAPAN RATUS RIBU orang yang dapat memegang pedang, dan LIMA RATUS RIBU daripadanya orang-orang Yahudi yang memikul senjata itu, tetapi di dalam kitab Injil 1 Tawarikh 21:5 dituliskan jumlah orang-orang Israel ialah SEJUTA SERATUS RIBU yang dapat memegang pedang dan orang Yahudi ada EMPAT RATUS TUJUH PULUH RIBU yang dapat memegang pedang. Nah, apakah kedua-dua keterangan ini benar? “Tentulah salah satu sahaja daripadanya benar,” jawab Mirano.

“Kitab yang menyebutkan angka-angka yang salah serupa itu tidak mungkin daripada Tuhan,” kata Umar Lahmi. “Tidak mungkin,” ulang Mirano. “Barang dijauhi Allah. Allah melindungi namanya dari dicemarkan serupa itu, jadi lebih baiklah jangan dikatakan kitab-kitab itu dari Allah.” “Dengan adanya pertentangan serupa ini bolehkah orang menyebu Taurat dan Mazmur itu wahyu Tuhan? Barang dijauhkan Allah, kesalahan-kesalahan serupa ini dikatakan dari Allah.” “Subhanallah!”” keluh Mirano. “Ini adalah hujah yang terang tentang betapa tak dapat dipercayainya Kitab-kitab Kristian yang tidak dapat dijelaskan. Anak-anak kecil pun boleh memahami dua kali dua empat.”

“Di dalam Injil kitab 2 Samuel 23 ayat 8 ada disebutkan tentang 3 orang perajurit Nabi Daud yang gagah berani. Seorang daripadanya bernama Josheb Basshebeth dari suku Tacheman, ia dengan senjata tombak saja telah dapat membunuh lapan ratus orang musuh. (*NOTA: rujuk Good News Bible) Tetapi di dalam Injil Kitab 1 Riwayat 10 ayat 11, yang menceritakan tentang peristiwa yang sama, nama perajurit itu bukan Josheb Basshebeth tetapi Joshobeam dari suku Hachmon dan dia hanya membunuh sebanyak tiga ratus orang sahaja dengan tombaknya.” (*NOTA: dalam Al-Kitab pada Injil 2 Samuel 23:8, nama perajurit itu ialah Isybaal orang Hakhmoni dan pada Injil 1 Tawaarih 11:11 ialah Yasobam bin Hakhmoni.)

“Oh, terlalu jauh perbezaannya,” kata orang-orang yang hadir. “Agak aneh,” bersungut Mirano. “Orang-orang Kristian tidak melihat kesalahan yang begitu menjolok.” “Mereka boleh melihat kesalahan -kesalahan itu jika mereka mahu membuat penyelidikan dan mereka boleh menolak keteranagan-keterangan yang tidak betul dan membuat penentuan mana yang betul,” kata Umar. Tetapi mereka terus berpegang kepada kesalahan-kesalahan itu seperti orang yang terlalu patuh kepada kebenaran. Dan yang ajaibnya ialah kedua-dua kitab ini didakwa sebagai wahyu dari Tuhan. Nah, salahkah kalau Al-Quran mengatakan tidak ada pertentangan di dalam kitab Allah?” “Subhanallah!” sahut Isalbella. ” Betapa agungnya Al-Quran. Andaikata Al-Quran itu tidak diturunkan, necaya tentulah tembelang kitab-kitab agama Kristian itu tidak akan diketahui,”.

Setelah mendengar kata-kata Isabella itu, Umar Lahmi lalu menyambung. “Setelah begitu banyak pertentangan di dalam Taurat dan Perjanjian Lama yang tidak pernah mahu berkompromi, sekarang mari kita lihat pula kepada Kitab Injil. Nampaknya setelah kita membuat penelitian yang saksama, maka keempat-empat Kitab Injil yang wujud sekarang adalah lebih parah lagi. Yang pertama Injil itu telah disusun dan ditulis dalam pelbagai bahasa. Kitab Injil yang pada zaman dahulu dianggap sebagai wahyu Tuhan, maka sekarang ini tidak lebih daripada satu ”APOCRYPHAL” atau sumber yang diragukan dan disamping Injil-Injil itu ada Injil lain pula yang digunakan. Seolah-olah Injil itu tidak lebih daripada buku-buku teks sekolah yang boleh ditukar-tukarkan menurut keadaan yang berlaku. Persidangan telah diadakan sebentar-sebentar untuk memilih Injil-Injil yang berbagai-bagai itu seolah-olah wahyu dan kalam Allah bergantung kepeada ketetapan gereja.” “Ya,” ujar Mirano. “Pernah sekali saya mendengar daripada bapa saya, bahawa pada salah satu persidangan itu setengah dari kitab-kitab itu telah disingkirkan dari daftar kitab-kitab yang diwahyukan.”

“Sekarang mari kita cuba uji Injil itu dengan Kitab Suci Al-Quran tentang prinsip dan standardnya dengan demikian dapatlah kita membuat ketetapan tentang betapa goyahnya dan palsunya Injil-Injil itu,” kata Umar Lahmi kepada Mirano, Isabella dan kawan-kawan mereka yang diam tidak bergerak, terpesona dengan kedalaman ilmu Umar Lahmi dan tentang pengetahuannya mengenai Kitab Injil yang selama ini tidak pernah terfikirkan oleh mereka.

“Dalam Kitab Matius 27 ayat 3, salah seorang pengikut Jesus Kristus yang bernama Yudas telah menerima rasuah sebanyak tiga puluh keping wang perak untuk menyerahkan Jesus Kristus kepada kerajaan dan apabila, barang dijauhi Allah, Jesus Kristus telah dibunuh di atas salib, Yudas berasa sangat menyesal lalu pergi kepada imam-imam ketuanya dan berkata: ”Aku telah berdosa kerana menyerahkan darah orang yang tidak bersalah”. Yudas lalu mencampakkan duit itu, pulang ke rumah dan membunuh dirinya sendiri. Tetapi di dalam Kitab Kisah Para Rasul bab 1 ayat 18, ada disebutkan bahawa Yudas dengan wang yang diperoleh dari perbuatan khianatnya itu telah membeli sebidang tanah dan di sana dia jatuh terlungkup, perutnya terbelah sehingga semua isi perutnya terburai keluar.”

Nah, di dalam Kitab Matius, Yudas dikatakan telah MEMULANGKAN balik wang rasuahnya kepada imam-imam ketua dan kemudian mengantung dirinya, sementara dalam Kitab Kisah Para Rasul pula dikatakan Yudas membeli kebun dengan wang itu dan mati terjatuh sehingga isi perutnya terburai keluar.

Inilah DUA KETERANGAN YANG BERBEZA dari dua buah Kitab Injil yang berbeza pula yang kedua-duanya didakwa sebagai wahyu menurut orang-orang Kristian atau Roh Kudus menyuruh mereka menulisnya menurut wahyu yang disampaikan. Jadi beerti ketika Roh Kudus itu pergi kepada penulis Kitab Matius dia mengatakan begini, kemudian apabila dia pergi kepada penulis Kitab Kisah Rasul, dia mengatakan yang lain pula. Sekarang, sama ada kita membuat anggapan Roh Kudus itu sebagai poembohong dan menipu ataupun kita menolaknya secara total. Walaubagaimanapun adalah lebih bijaksana kita menyatakan bahawa semua Kitab Injil itu palsu atau salah, daripada kita meletakkan tuduhan kepada Roh Kudus. Kalau tidak, Tuhan dan Roh Kudus juga ikut membuat dosa. “Nyatalah bahawa semua Kitab Injil yang wujud sekarang ini palsu dan salah belaka dan tentulah musuh-musuh Kristus yang telah memalsukannya itu untuk mencapai sesuatu maksud,” sampuk Mirano.

“Itu pertentangan dari dua buah Injil yang berlainan,” kata Umar tanpa menghiraukan komen Mirano itu. “Mari kita tengok PERTENTANGAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH INJIL YANG SAMA. SaintPaulus yang telah menyusun syahadat trinitas yang menyebabkan semua penganut Kristian sesat sebab menyekutukan Tuhan, telah diceritakan tentang bagaimana dia masuk Kristian. Ada tiga tempat dalam Kitab Kisah Para Rasul yang menyebutnya danketiga-tiganya itu BERBEZA, tidak sama! Betapa anehnya, bahawa Roh Kudus telah ”BERBOHONG” di tiga tempat di dalam kitab yang sama dan tentang peristiwa yang sama pula. Dalam bab 9 ayat 3 Injil Kisah Para Rasul ada disebutkan bahawa Paulus sedang dalam perjalanannya ke Damsyik dengan sahabat-sahabatnya ketika sudah dekat dengan kota itu, tiba-tiba cahaya memancar dari langit mengelilingi dia. Dia rebah ke tanah dan mendengar suatu suara yang berkata: ”Kenapa menganiayai aku?” Sementara sahabat-sahabatnya terus termangu-mangu. Mereka ada mendengar suara itu tetapi tidak melihat seorang jua pun. Di dalam bab 22 ayat 6-7, kitab yang sama menceritakan sahabat-sahabat itu ada melihat cahaya di langit tetapi tidak mendengar suara dan dalam Injil itu juga pada bab 26 ayat 13, ditulis bahawa Saint Paulus dan sahabat-sahabatnya dikelilingi oleh cahaya dan mereka semua terjatuh ke tanah.

Nah! cuba fikirkan, dalam SEBUAH INJIL, peristiwa yang sama telah diceritakan dalam tiga versi di tiga tempat. Bolehkah kita membenarkannya?” tanya Umar Lahmi. “Tidak mungkin,” jawab Mirano cepat. ” Ketiga-tiganya palsu dan kalaupun salah satunya itu betul agak sukar mahu dipastikan.”  “Apa penjelasan yang boleh mereka berikan?” tanya Umar Lahmi. “mereka selalu mengelak dengan percakapan yang tidak relevan dan selalu meimpakan kesalahan itu kepada jurutulis yang tidak mengambil berat. Sekalipun jawapan mereka kita terima sebagai satu kebetulan, pertanyaan itu masih tetap belum berjawab tentang kalimat yang sebenarnya dan yang mana pula kesalahan jurutulis? Sebagai contoh, umur seseorang dalam satu waktu ada yang 22 dan ada yang 42 tahun. Mana satu kesalahan jurutulis dan mana satu yang benar? Tidak ada orang-orang Kristian sekarang ini yang boleh berkata bahawa ayat sebenar ialah begini dan jurutulis telah menulis begitu. Selagi kesalahan jurutulis tidak dapat dikesani, maka penerangan dan jawapan apapun juga hanyalah NONSENSE semata-mata. Jadi, hal ini membuktikan bahawa menurut orang-orang Kristian sendiri kitab-kitab ini diragukan
sementara di tempat lain kesalahan jurutulis pula diakui, maka dengan sendirinya kitab-kitab itu telah HILANG! kewibawaannya dari sudut manapun juga.”

“Tidak mungkinkah kesalahan-kesalahan ini diperbaiki dengan membuat bandingan dengan yang asli?” tanya Isabella. “Jikalau kitab-kitab yang tulen ada, mengapa pula kita bersusah-payah mahu membuat perbandingan lagi,” kata Umar. “Masalahnya kitab yang tulen tidak wujud, hanya bergantung dari terjemahan demi terjemahan dari salinan demi salinan. Dan yang anehnya ialah sampai sekarang belum lagi dapat dibuat kepastian tentang Injil-injil ini bila ditulis, dalam bahasa apa atau siapa penulisnya. 

Setelah mendengar keterangan dan penjelasan Umar tentang pelbagai perkara yang bermula dengan masalah yang ditimbulkan oleh Mirano, maka pertemuan itupun berakhir sudah agak larut malam. Sebelum berpisah, satu rencana telah diatur suapaya Isabella dan kawan-kawannya mendapat latihan dan pendidikan agama secara intensif tidak saja daripada Umar Lahmi dan alim ulama yang lain, malah dari Ziad Bin Umar sendiri.

Isabella : Surat Isabella Kepad Bapanya [BAB 7]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Surat daripada Isabella kepada ayahnya (ketua paderi) ini telah dibuka dan dibaca oleh Micheal (bekas guru Isabella) di hadapan Ketua Paderi dan para paderi lain di dalam satu perhimpunan sulit di dalam perpustakaan gereja itu.

“Semua puji-pujian kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.Yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isi yang ada di dalamnya dengan kekuasaan-Nya yang mutlak dan Dia di samping menyusun sistem lahiriah juga menyusun sistem batiniah melalui wahyu dan nabi-nabi dan selawat serta salam kepada junjungan yang telah datang melepaskan dunia dari kemungkaran dan kegelapan serta membawanya ke dalam cahaya keimanan dan memimpin kita ke jalan yang benar yang telah diterokai oleh nabi-nabi yang terdahulu dan membawa kita kepada Allah yang menjanjikan kedamaian dan keselamatan yang abadi.”

“Bapaku yang dihormati!
Ketahuilah bapa bahawa anakmu ini telah menerima Islam yang menurut penyelidikanku ialah satu-satunya agama yang bebas dari kemungkaran dan kebatilan, yang memimpin kita ke jalan keselamatan. Saya telah menolak agama Kristian kerana ia penuh dengan ketahyulan dan kekufuran dan bertentangan dengan ajaran semua nabi. Saya perturunkan di sini perbandingan-perbandingan untuk menunjukkan kebenaran Islam kepada bapa.”

1. Dalam ISLAM, Allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan apapun juga. Dia unik dengan segala kebaikan dan kesempurnaan-Nya. Al-Quran menyebut Allah itu tunggal. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Tidak ada suatupun yang sama dengan-Nya. Dia wujud, tidak mati, tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak letih ataupun berhajatkan kepada semua yang dihajatkan oleh manusia. Kalau kita hendak menyebutkan satu-persatu akan semua kesempurnaan-Nya, maka hendaklah kita mempelajari Kitab Suci Al-Quran.”

2. Sebaliknya agama KRISTIAN percaya bahawa Tuhan itu bukan satu tetapi TIGA: Bapa, Anak dan Roh Kudus. Jesus Kristus satu-satunya ‘Putera Tuhan’ dan dia juga pencipta dan abadi seperti bapanya juga meskipun Injil mengatakan Jesus itu makan dan minum, tidur dan jaga dan sangat bergantung kepada air, udara dan tiap-tiap benda yang diperlukan oleh manusia dan di dalam dirinya terkumpul semua keinginan duniawi. Seandainya Tuhan juga bergantung kepada semua perkara seperti manusia, maka bagaimana dia layak menjadi Tuhan dan apakah ada perbezaan lagi di antara Tuhan dan manusia? Kitab suci Al-Quran mengatakan dengan tegas bahawa sesiapa yang mengatakan Kristus itu Tuhan atau Putera Tuhan, maka dia telah menyekutukan Allah dan menjadi kafir dan orang-orang Kristian dengan menjadikan Kristus sebagai Putera Tuhan, maka mereka telah memfitnah Tuhan!. Al-Quran telah mengajar bahawa Kristus, seperti juga Musa, Daud, Sulaiman, Yahya, Hud, Nuh dan lain-lain nabi adalah sebagai utusan dan nabi, dan mereka juga manusia, makhluk dan bukannya pencipta. Nah, cubalah bapa fikirkan sendiri betapa jelas dan munasabahnya ajaran Kitab Suci Al-Quran ini dan betapa agama Kristian amat mengusutkan dan tidak masuk akal!”

3. Menurut ISLAM, tiap-tiap manusia dilahirkan di dalam keadaan suci dan bebas dari dosa dan apabila ia beransur dewasa, pengaruh-pengaruh luar telah meyesatkannya. Allah telah memberikan akal kepada manusia supaya mematuhi hukum-hukum-Nya dan menjauhi benda-benda yang terlarang. Al-Quran mengatakan bahawa Adam tidak melakukan dosa dan semua nabi adalah suci dan bersih dari dosa dan dengan sebab itu masalah dosa yang diwarisi adalah perbuatan syaitan.

Agama KRISTIAN sebaliknya mengatakan bahawa tiap-tiap orang orang itu berdosa sejak ia lahir, sehingga dengan demikian nabi-nabi juga melakukan dosa dan dosa nabi Adam menyebabkan semua manusia berdosa. Ternyatalah sekali betapa kepercayaan ini tidak ada logiknya, tidak munasabah dan bertentangan dengan bukti-bukti intuisi yakni kerana Adam melakukan dosa, dosa yang sebenarnya tidak pernah dapat dibuktikan, semua manusia menderita seksaan. Jadi dalam masalah ini juga kitab Suci Al-Quran adalah benar dan adil dan ketetapannya logik, munasabah dan menurut sunah nabi-nabi.”

4. Keutamaan yang diberikan oleh Al-Quran ke atas akhlak dan guru-guru ialah tentang betapa mulia dan tingginya moral itu, hal yang serupa itu tidak diketemui di dalam lain-lain agama. Islam mengatakan bahawasanya manusia itu tidak memperoleh selain dari apa yang diusahakan dan usahanya itu kelak pasti akan dilihatnya. Kemudian diberikan kepadanya balasan yang cukup sempurna terhadap usahanya (*NOTA: Al-Quran; surah 5; ayat 39-41) dan yang demikian itu adalah ajaran dari semua nabi. Tidak ada orang yang akan memikul beban orang lain, tetapi tiap-tiap orang memikul tanggungjawab ke atas semua perbuatannya, maka dengan ajaran suci serupa inilah yang memberikan manusia itu ajaran-ajaran kemuliaan dan yang menggesanya untuk berbuat kebajikan.

Tetapi agama KRISTIAN sebaliknya mengajarkan bahawa Jesus Kristus telah memikul beban dosa semua orang yang berdosa lalu disalibkan dan dia menjadi penebus semua orang yang berdosa itu. Perbuatan dosa telah dilakukan oleh beribu bahkan berjuta manusia tetapi hukumannya telah dikenakan ke atas seorang manusia suci, satu-satunya ‘Putera Tuhan’. Ajaran ini di satu pihak membuat manusia itu tidak berguna dan memalukan sementara di satu pihak yang lain menjadikan seseorang itu hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri dan dengan demikian harga dan nilai dirinya jatuh di matanya sendiri, dan selain daripada itu kepercayaan ini merupakan satu perlanggaran kepada kesucian Tuhan.”

5. Apabila Kitab Suci Al-Quran diturunkan kedunia, maka ia telah menerangkan semua kebenaran, kebenaran yang telah lama dilupakan dan punca-punca kebenaran itu telah dicemarkan. Islam meletakkan semula kemuliaan semua nabi dan membantah semua tuduhan palsu yang ditimpakan kepada mereka. Ia mendedahkan penyisipan-penyisipan palsu yang telah dilakukan di dalam kitab-kitab wahyu dan membuat penjelasan akan keadaan yang sebenarnya melalui pendedahan itu. ISLAM membantah tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas terhadap Nabi Isa .a.s. yang telah dibuat oleh sebahagian musuhnya dan juga kawan-kawannya. Dalam perkataan lain, kerana usaha Islamlah yang telah meletakkan Nabi Isa a.s. pada tempatnya yang sebenar dan telah membersihkannya daripada segala tomahan orang-orang Yahudi dan juga orang-orang yang menamai diri mereka Kristian.

Orang-orang Kristian itu pula yang telah menuduh semua nabi dengan tuduhan palsu, perzinaan dan pembunuhan dan mengetengahkan Jesus Kristus dalam bentuk yang tidak sempurna sehingga kalau tidak kerana kedatangan Islam yang mendedahkan kebenarannya, maka tidak seorangpun yang mahu mengangapnya malah sebagai manusia bermoral juga. Ini merupakan satu obligasi Islam yang tidak akan dapat dibayar oleh Kristian. Orang-orang Kristian tidak sahaja MEMANIPULASIKAN kitab-kitab Injil, juga telah menyusun beratus-ratus Injil atas nama Kristus. Sekarang ini Injil-Injil palsu dan gelap yang disusun itu telah diletakkan di hadapan kita, yang sedikitpun tidak ada kena-mengena langsung dengan Kristus. Dalam Kitab Suci Al-Quran, terkumpul dan tersimpan dengan baik semua kitab yang diwahyukan. Oleh sebab itu saya MENJEMPUT semua orang Kristian membaca Kitab Suci Al-Quran ini yang menjunjung kehormatan agama Kristian dan yang memberikan kepada kita pengajaran dari semua nabi sepanjang zaman.”

6. ISLAM menyebutkan secara terperinci akan HAK-HAK kaum WANITA dan memerintahkan pembebasan semua hamba abdi, meniupkan semangat persamaan dan persaudaraan di kalangan umat manusia dan menetapkan perhubungan antara manusia dengan Tuhan.

Tetapi di dalam agama KRISTIAN, tidak ada SECEBIS tandapun tentang hak-hak wanita. Hanya kepada orang lelaki diberitahu bahawa mereka boleh menceraikan isterinya yang melakukan zina, tetapi tidak pula menyebut sedikitpun tentang apa yang boleh dilakukan oleh siisteri ke atas ketidaksetiaan suaminya. Tidak ada sepatah perkataanpun di dalam agama Kristian tentang pembebasan hamba abdi.”

7. ISLAM menyuburkan moral manusia dan menyedian tatasusila yang tetap bagi kemanusiaan. Dengan mematuhi peraturan itu, manusia boleh mengawal nafsunya secara sederhana. Di dalam Al-Quran ada disebutkan; ‘Barang siapa mengerjakan kejahatan maka tidak dibalasnya melainkan dengan seumpamanya dan barang siapa beramal soleh, baik dia lelaki mahupun perempuan, sedang dia seorang yang beriman, maka orang-orang itu masuk ke dalam syurga; mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhingganya’ (*NOTA: Al-Quran, surah 40, ayat 40).

Tetapi di dalam agama KRISTIAN, ditekankan kepada satu aspek sahaja, iaitu yang melakukan kesalahan tidak boleh dihukum, dan kalau dia menampar pipi kiri, mesti menyerahkan pipi kanan pula untuk ditamparinya. Betapa pengajaran yang serupa itu boleh diikuti oleh manusia di dunia ini? Betapa keamanan dan ketenteraman dunia dapat dipertahankan dengan pengajaran serupa itu? Andaikata mahu memperlihatkan kemaafan dan baik sangka dalam semua perkara. maka mengapa Dia menciptakan nafsu amarah di dalam diri manusia dan kemudian membiarkan bahagian dari naluri itu menjadi kering?”

Bapaku yang dikasihi. Ini adalah beberapa perkara sebagai satu ilsutrasi tentang pengertian yang menyebabkan saya menerima Islam dan bagi bapa juga, kalau ada satu jalan kebenaran yang mesti diikuti, maka bapa mestilah menerima Islam seberapa cepat yang boleh dan menyatakan taubat segera di atas keragaman ketuhanan di dalam agama Kristian yang benar-benar bertentangan dengan sifat-sifat Tuhan dan menjadi penghalang kepada jalan manusia mencapai kemajuan. Mudah-mudahan Tuhan menganugerahkan kepada bapa jalan istimewa untuk menerima iman! Saya juga mendoakan bapa ke jalan yang benar dan moga-moga Tuhan menyegerakannya. Amin!”

Anak bapa,
Isabella.

Isabella : Isabella Menerima Sinar Keislaman [BAB 6]

•April 6, 2010 • Tinggalkan Komen

Cordova, di negeri Sepanyol pada ketika itu adalah merupakan pusat keilmuan sedunia. Para cendekiawan dan ahli hukum Islam yang terkemuka sering mengunjungi tempat itu dari berbagai-bagai tempat.

Ziad bin Umar merupakan salah seorang daripada ahli falsafah, pentafsir Al-Quran dan Hadis yang ulung. Tempat kediamannya terletak tidak jauh dari kampus Universiti Cordova. Biasanya, sesudah selesai Isyak, orang-orang yang hauskan ilmu, akan berkumpul di rumahnya. Pada suatu hari, iaitu setelah hampir sebulan berakhirnya perdebatan di antara Umar Lahmi dengan Ketua Paderi, satu pertemuan yang biasa sesudah Isyak, telah berlangsung di rumah Ziad bin Umar yang dihadiri oleh para cendekiawan dan ilmuan yang terkenal. Setelah semuanya duduk, Ziad pun bertanya akan kesihatan masing-masing dan kemudian dia berkata kepada Umar Lahmi. “Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada usaha-usaha anda yang mulia. Anda telah berdakwah seruan kebenaran sampai ke dalam rumah orang-orang kafir dan menundukkan pula mereka itu. Anda telah menyampaikan seruan Allah.” Umar Lahmi dengan rendah hati menjawab,”Semuanya adalah berkat doa dan perhatian anda semua juga”.

Satu suara lain terdengar di antara para hadirin.” Saya dengar orang-orang Kristian mahu membunuh Isalbella.” “Sebegitu jauh Isabella telah mengambil langkah-langkah melindungi dirinya. Dia merahsiakan keislamannya sehingga belum ada yang mengetahui bahawa dia sudah memeluk agama Islam.” jawab Umar Lahmi.  “Isabella ada di sini?” tanya Ziad dengan nada gembira. “Ya. Dia ditempatkan di bilik sebelah dan kalau ada izin daripada saudara, maka dia boleh dibawa mengadap,” jawab Umar. “Sudah tentu. Bawa Isabella kemari,” kata Ziad. Isabella dijemput masuk ke majlis itu.

“Anakku Isabella,” ujar Ziad. “Saya bersyukur dan megucapkan tahniah di atas pilihanmu kepada jalan kebenaran.”

“Bapa yang mulia….” Isabella mula berkata. Tetapi Ziad mengangkat tangannya menyuruh dia bersabar. “Anakku,” kata Ziad. “Panggilan yang serupa itu jangan kau gunakan lagi. Di dalam Islam ada persamaaan hak yang sempurna. Tugas suci orang-orang alim ialah membimbing orang-orang Islam menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Menjadi tugas setiap muslim untuk megikut bimbingan itu dan bukan mendewa-dewakan mereka ataupun menjadikan mereka itu berkuasa di atas semua urusan kehidupannya.” Isabella berasa malu. Cahaya kemerahan naik ke pipinya. “Ajarlah saya bagaimana caranya mahu memanggil tuan dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain.”

“Panggillah saya dan orang-orang Islam lainnya dengan panggilan saudara atau kalau mahu ditambah, gunalah perkataan tuan sahaja,” kata Ziad. “Anakku,” kata Ziad kepada Isabella. “Dengar baik-baik kataku ini. Kamu menerima Islam ialah sesudah membersihkan semua keraguan yang ada di dalam dirimu. Jangan sesekali kerana kecurangan atau muslihat. Allah mengkehendaki keikhlasan hati dan Al-Quran menyebut bahawa hidup dan mati seorang Islam, solat dan baktinya, duduk dan berdiri, tidur dan berjala, tiap-tiap sesuatunya adalah kerana Allah semata-mata dan kerelaan Allah hendaklah menjadi tujuan hidupnya.” “Saya mengaku bahawa Allah menjadi saksi, tuan. Saya menjejaki ambang Islam ini bukanlah kerana nafsu atau muslihat. Juga bukan kerana tujuan inginkan kekayaan dan kekuasaan. Tuan sendiri tahu tentang penghormatan yang diberikan kepada kepada bapa saya di Cordova ini dan juga di seluruh Sepanyol,” Kata Isabella.

“Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepadamu dan memberikan keteguhan serta nikmat-Nya yang tidak terhingga,” ujar Ziad. “Amin!” Semua hadirin serentak mengucapkannya. “Apakah ada orang lain yang telah mengikut kau untuk menganut Islam?” tanya Ziad. “Ya, tuan. Empat kawan saya yang sudah hilang kepercayaannya kepada agama Kristian dan sudah tertarik kepada Islam,” ujar Isalbella. “Dengan izin Allah, esok atau lusa saya akan membawa mereka ke mari supaya segala sisa-sisa keraguan dan syak wasangka tentang Islam dapat dibersihkan melalui penjelasan yang akan diberikan oleh pihak tuan.

“Saudara Isabella,” Umar Lahmi mnyampuk. “Siapakah gerangan kawan-kawanmu itu ? ” “Salah seorang daripadanya adalah anak guru teologi saya, Paderi Micheal. Mereka semua pernah mengikuti perbahasan tuan,” ujar Isabella.

Maka pada hari itulah, secara rasminya Isabella telah memeluk agama Islam dan kini sedang tekun mendalami Al-Quran serta ilmu-ilmu agama.

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.